Saya telah bergegas dari pagi (pukul 8 pagi sehingga pukul 1 tengah hari) pada hari ini, 8 Mac 2011 dalam usaha mendapatkan penjelasan mengenai yuran LI untuk semester pendek 2011 kelak sebaik sahaja mendapat maklumat berkenaan caj terbabit apabila pendaftaran untuk semester pendek dibuka semalam (7 Mac 2011).
Terdapat beberapa maklumbalas yang saya terima dan pihak saya telah merancang untuk mengambil langkah-langkah yang selanjutnya berhubung isu yuran yang serta peruntukan untuk meringankan beban pelajar
Maka maklumbalas yang saya terima ialah tiada peruntukan yang disediakan sama ada oleh pihak Tabung Kebajikan Pelajar (UKP) kepada para pelajar yang akan menjalani LI pada pertengahan tahun ini.
Namun, Zakat UKM akan membuka iklan pada April khusus untuk pelajar yang menjalani LI ini di mana para pelajar yang cukup terbeban seperti terpaksa membayar penginapan (seperti sewa rumah kerana LI di negeri lain), pengangkutan, dan makan minum (PTPTN tiada pembiayaan untuk semester pendek manakala JPA hanya boleh dituntut selepas LI)
Bahagian Bendahari telah memaklumkan bahawa para pelajar perlu membayar yuran LI dan pihak saya akan meminta perincian daripada pihak Akauntan UKM bagi menjelaskan keperluan yuran terbabit untuk diterangkan kepada para pelajar
LANGKAH-LANGKAH BERIKUT AKAN DIAMBIL SEGERA BERKENAAN ISU LI INI:
1) MENGUMPUL MAKLUMAT SETIAP PELAJAR YANG CUKUP TERBEBAN DENGAN LI INI (salinan dokumen seperti pengesahan tempat LI dan juga tiada sebarang elaun yang diberikan-HARAP PARA PELAJAR DAPAT BERIM KERJASAMA)
2) BERUNDING DENGAN PIHAK PENDAFTAR, HEJIM, DAN JUGA JPPEL BERKENAAN YURAN LI TERBABIT DALAM MASA YANG TERDEKAT.
3) MENYOKONG SEPENUHNYA PERMOHONAN SETIAP PELAJAR UNTUK MENDAPATKAN ZAKAT BAGI MENJALANI LATIHAN INDUSTRI .
4) MENDAPATKAN PERINCIAN MENGENAI RM360 DARIPADA PIHAK AKAUNTAN UKM DAN PENERANGAN KEPADA PARA PELAJAR MENGENAINYA
Buat sementara waktu, saya menyeru agar rakan2 mahasiswa tidak berasa tertekan sehingga menjejaskan persediaan rakan2 menjelang final exam, tesis, dan juga tugasan2 untuk semester ini
SEKIAN, MOHON DIBANTU UNTUK MEMBANTU
-ABDUL MUEIN BIN ABADI (MPP FSSK TAHUN 3)-
SEKIAN, MOHON DIBANTU UNTUK MEMBANTU
-ABDUL MUEIN BIN ABADI (MPP FSSK TAHUN 3)-