Selasa, Mac 29, 2011

Antarabangsa: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) Sambut Baik Kerjasama Mahasiswa Malaysia-Indonesia


Kuala Lumpur,28 Mac 2011. Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah dijemput untuk bertemu dengan Prof Drs Rusdi Pengarah Bahagian Pendidikan Kedutaan besar Indonesia bersama pimpinan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) di Kedutaan Besar Indonesia di Jalan mapang petang tadi.Antara wakil pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang hadir di Kedutaan Besar Indonesia ialah Presiden MPMN Saudara Syahid Zaini dari Universiti Malaya, Timbalan Presiden MPMN Saudara Muhammad Ikram Darus dari Universiti Kebangsaan Malaysia,Timbalan Setiausaha MPMN,saudara mohd Boukhary dari Universiti Malaya.

Pertemuan tersebut diadakan adalah sebagai langkah awal di peringkat mahasiswa dalam menjalinkan hubungan baik antara Mahasiswa Malaysia dan Mahasiswa Indonesia.

“Kita tahu bahawa ramai pelajar Indonesia di Malaysia dan juga ramai pelajar Malaysia di Indonesia.Ini merupakan satu keadaan yang positif dan menunjukkan bahawa hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia telah terjalin.Dan kita melihat masih belum ada kerjasama di peringkat mahasiswa Malaysia dan Indonesia.Ini merupakan langkah awal atau the first small action kerana kita melihat bahawa mahasiswa hari ini adalah bukan entiti yang patut dipandang rendah dan merekalah penjana kekuatan Negara pada masa akan datang.sebab itu kita perlu menggunakan idea mereka serta tenaga mereka untuk masa depan Negara yang cerah,” kata Prof Drs Rusdi.

Pertemuan antara kedutaan Indonesia bersama pimpinan MPMN dan PPI merupakan pertemuan yang pertama. Hubungan baik seperti ini harus diteruskan supaya segala permasalahan,pertukaran idea,perbincangan dalam aspek egama,ekonomi,politik,budaya dan lain-lain dapat diteruskan lagi.

“Kami di peringkat Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) menyambut baik kerjasama dan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia,kerana kami fikir sudah sampai masanya kami keluar merentas isu antarabangsa dengan membina hubungan baik dengan mahasiswa Negara lain khususnya perwakilan Mahasiswa Indonesia.kami juga mahu belajar dan bersama-sama membantu menyelesaikan konflik antarabangsa secara bersama.” ujar presiden MPMN saudara Syahid Zaini.

Pada 18-19 April ini akan diadakan pertemuan antara Majlis Perwakilan Mahasiswa nasional dan juga perwakilan mahasiswa Indonesia dalam mengeratkan silaturrahim antara Malaysia dan Indonesia,sekaligus membincangkan isu yang perlu diselesaikan secara bersama di peringkat antarabangsa oleh mahasiswa.Sebagai contoh menganjurkan program wacana mahasiswa Malaysia-Indonesia,wacana tokoh akademik Malaysia dan Indonesia,dan juga Talk with Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Road Tour juga akan dilakukan di tiga kampus utama iaitu UKM,UM,dan UIA.