Susulan pertemuan wakil PMUKM dengan pihak PTPTN pada hari Isnin lalu, sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi dialog di antara pihak Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bendahari UKM bersama-sama mahasiswa UKM akan diadakan berkaitan masalah pinjaman PTPTN semester ini.
Sesi dialog tersebut dijadualkan berlangsung pada;
Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)
Waktu : 3.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, bangunan Pusanika
Diharapkan kepada rakan-rakan mahasiswa yang mengalami masalah berkaitan agar turut hadir dan menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti