Isnin, Mac 05, 2012

Presiden, NP III segera bawa isu mahasiswa ke PTPTN

KUALA LUMPUR, 6.45 ptg - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) melalui Presidennya, saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi bersama-sama Naib Presiden III (Kolej, Fakulti & Anak Negeri), saudara Mohd Faizal bin Ahmad sebentar tadi telah bertemu dengan pihak Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Pertemuan empat mata tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu yang sedang hangat dibicarakan masyarakat kampus UKM khususnya.

PTPTN dalam responnya memaklumkan, isu ini berbangkit apabila mereka menaiktaraf sistem dalaman mereka disifatkan hanya bersifat 'masalah teknikal' dan bakal diselesaikan dalam masa terdekat.

Berkaitan pemotongan RM 500 yang berlaku terhadap segelintir pelajar, wakilnya Puan Umikalsom binti Mohd Yusof selaku Timbalan Pengurus Kanan PTPTN memaklumkan hal ini disalahfaham oleh segelintir peminjam (pelajar).

Menurut beliau, pemotongan RM 500 untuk pembayaran kembali wang pendahuluan RM 1500 pada semester satu dahulu, tidak semestinya berturutan (semester 2,3 dan 4). Justeru dalam hal ini pelajar perlu peka sendiri dengan setiap ringgit yang masuk ke dalam akaun masing-masing.


Justeru beliau berharap perkara ini tidak diisukan oleh mana-mana pihak.

PMUKM bakal atur pertemuan PTPTN-pelajar UKM

PTPTN dalam pada itu bersetuju untuk sesi dialog dengan para pelajar UKM. Ini disahkan sendiri oleh Puan Umikalsom.

Surat penjelasan yang dikemukakan wakil PMUKM pada petang ini juga bakal disusuli dengan penerangan dan penjelasan melalui emel PTPTN ke saudara Presiden PMUKM sendiri, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dalam masa terdekat.

PMUKM juga akan memberi penjelasan lebih teliti dalam masa terdekat melalui blog rasmi ini.

PMUKM bersambutan dengan cadangan PTPTN ini menyeru lebih ramai mahasiswa tampil membuat laporan aduan untuk memudahkan proses dokumentasi dan penyelesaian segera masalah berkaitan pinjaman PTPTN ini.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI