BANGI, 8 Mac - Petang tadi telah berlangsung sesi dialog di antara pegawai daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Bendahari UKM bersama mahasiswa UKM.
Pertemuan tersebut berlangsung kira-kira pukul 3.00 petang di Auditorium Siswa, bangunan Pusanika dengan kehadiran hampir 100 orang. Ini rentetan aduan mahasiswa-mahasiswi UKM berkaitan masalah pemotongan Wang Pendahuluan Pelajaran (WPP) yang dilaporkan oleh Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ke pejabat PTPTN awal minggu ini.
Isu yang timbul ekoran salah faham pelajar terhadap pemotongan untuk bayaran balik WPP; tetapi kurang jelas kaedahnya.
Menurut pihak PTPTN, pemotongan sebenarnya berlaku dengan tidak berkala, iaitu tidak dilakukan pada setiap semester. Penjelasan tersebut ada disebut di dalam entri sebelum ini.
Pihak PTPTN menyarankan mahasiswa segera mendapatkan Penyata Akaun ('Statement Bank') daripada Bank Islam bagi membuktikan tiada lebihan pemotongan.
Isu yang timbul di sini apabila Bank Islam pula mengenakan caj yang 'agak melampau' apabila dikenakan RM 5.00 bagi setiap penyata akaun tersebut, dan ini dilihat membebankan para pelajar.
Majlis dialog tersebut berakhir pukul 5.00 petang. PMUKM melalui wakilnya akan cuba mendapatkan penjelasan pihak berkenaan.