Khamis, Mac 08, 2012

PTPTN keluarkan senarai pelajar dipulangkan RM 500

Terbaru Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mendapat beberapa buah perkhabaran gembira berkenaan isu wang pinjaman PTPTN yang bermasalah.

Perkara yang pertama, bagi pelajar UKM yang belum mendapat wang pinjaman iaitu siri kelompok kedua, pihak PTPTN mengesahkan duit akan dimasukkan pada hari Sabtu, 17 April 2012. Senarai nama 135 orang pelajar tersebut, akan dipaparkan di dalam blog ini dalam sedikit masa lagi bagi siri bayaran kelompok kedua.

Jumlah pelajar dan jumlah wang yang dikeluarkan khusus untuk UKM
Perkara kedua, berikut merupakan nama-nama pelajar yang dipulangkan kembali RM 500 akibat salah pemotongan oleh pihak PTPTN. Pemulangan lebihan pemotongan Wang Pendahuluan Pelajaran (WPP) akan dimasukkan pada hari Isnin, 12 Mac 2012.

Nama 8 orang pelajar dipulangkan kembali RM 500
Perkara ketiga, pihak PTPTN mengakui kelemahan di peringkat mereka yang terlebih pemotongan RM 500. Ini menurut mereka disebabkan kelemahan sistem yang baru dinaiktaraf. Segala laporan aduan yang dikemukakan melalui PMUKM telah diambil untuk dikaji dan akan disiasat dalam kadar segera.

Pihak Perbadanan dalam pada itu turut menasihatkan para pelajar segera mengenalpasti masalah berkaitan wang pinjaman yang masuk dan tidak memandang enteng perihal ini.

Pihak Perbadanan turut menasihatkan para pelajar membuat aduan melalui PMUKM seandainya masih ada keraguan atau kemusykilan yang munasabah.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI