Selasa, Mac 13, 2012

Kerajaan Jepun tawar Biasiswa kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun dengan kerjasama Persatuan Siswazah Jepun Malaysia (Jagam) menawarkan biasiswa untuk kursus sarjana atau PhD bagi enrolmen April 2013.

Presiden Jagam, Phua Lee Kerk berkata rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun pada 1 April, 2013 dan pemegang ijazah dengan pendidikan formal selama 16 tahun atau mahasiswa tahun akhir di universiti masing-masing layak memohon.

Pemohon hendaklah mempastikan borang yang telah dipenuhi diserahkan sebelum 4 petang 30 Mac dan borang permohonan boleh dimuat turun dari www.jagam.org.my

Sepanjang tempoh biasiswa, penerima akan diberikan elaun bulanan kira-kira 143,000 yen sementara yuran dan tuisyen di universiti akan dikecualikan dan tiket pergi balik akan juga disediakan.

"Kami bangga dapat melaksanakan program ini dan dengan ikhlas menghargai komitmen Kerajaan Jepun terhadap pendidikan rakyat Malaysia," katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi JAGAM di 03-78774312