Tinjauan Editor mendapati rata-rata mahasiswa masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh wakil Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) Khamis lalu.
Ini ekoran selesai pertemuan pada petang tersebut, masih ramai mahasiswa yang tampil ke Pejabat Urusan PMUKM meluahkan kekecewaan apabila pihak PTPTN seakan-akan hanya 'mengalihkan' masalah kepada pihak lain.
Ini menyebabkan mereka terpinga-pinga akan ke manakah nasib mereka hendak diajukan.
Seperti yang dijelaskan di dalam entri sebelum ini, antara masalah yang timbul apabila pihak Bank Islam mengenakan caj apabila diminta mencetak penyata akaun.
Ini nyata membebankan mahasiswa - sudahlah duit dipotong, kini terpaksa membayar tambahan wang pula hanya disebabkan ketidakselarasan di peringkat PTPTN-Bank Islam.
Pihak UKM pula menurut pengadu, seolah-olah melepaskan tangan dan enggan mengemukakan garis panduan bagi menyelesaikan isu ini.
Pihak PMUKM akan cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak-pihak berkaitan.