PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Isnin, Oktober 31, 2011

Isu Penceraian Kritikal Di Malaysia - MPM Mohd Abdullah

“PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim” ( Berita Harian, 3 Mac 2011 )

Isu perceraian di kalangan umat Islam begitu kritikal bahkan saya cukup risau sekiranya pihak berwajib tidak tampil dengan usaha yang mampu mengurangkan permasalahan ini. Dalam pembangunan sebuah negara, tokoh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Assyahid Imam Hassan Albana mengatakan bahawa permulaan pembinaan generasi bermula dengan pembentukan sebuah keluarga yang baik terlebih dahulu.

Ada relevannya kenyataan tersebut berdasarkan susunannya yakni pembinaan pada unit terkecil dalam sesebuah keluarga seterusnya pembinaan masyarakat yang baik dan pembinaan negara yang baik. Sudah pasti pembinaan keluarga adalah suatu perkara yang sangat penting bahkan ia merupakan aspek yang tinggi dalam pembinaan ketamaddunan.

Umum sudah mengetahui sekiranya perceraian berlaku dalam sesebuah rumah tangga pasti kesannya akan dirasai oleh anak-anak. Antara berlakunya masalah socsal di kalangan remaja berpunca dari ketakstabilan hubungan kekeluarga. Maka apabila perkara ini diumumkan kerajaan, pasti ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya pembinaan asas kepada sesebuah negara.

Berdasarkan statistik seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini, jumlah kes pasangan yang bercerai mencapai 27,116. ( Utusan Malaysia 30/12/2010)



PUNCA PERCERAIAN.

Mengikut analisis yang dibuat antara punca kes perceraian adalah, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.

Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus. ( Utusan Malaysia, 30/12/2010 )

Perkara utama yang menjadi punca kepada permasalan sesebuah kekeluargaan adalah tidak sefahaman, tanggangjawab dan campur tangan pihak ketika.

Saya ada terbaca satu permasalahan berkaitan isu ketidak sefahaman ini berlaku kerana kegagalan komunikasi yang berkesan. Perkara ini sering berlaku ekoran dari perasaan tidak puas hati. Bermula dengan ketidakpuasan hati yang terpendam seterusnya dikumpul-kumpul sehingga tidak mampu bertahan, akhirnya goncangan kritis kekeluargaan berlaku sehingga membawa kepada perceraian.

Soal kepercayaan dalam rumah tangga sangat penting, sama ada suami percaya kepada isteri mahupun isteri percaya kepada suami. Dalam membina kepercayai ini sudah pasti factor komunikasi yang berkesan sangat penting agar persefahaman dapat di capai. Terlalu “ideal” sekiranya dalam sesebuah pasangan mengharapkan kesempurnaan dari kedua-duanya bahkan ia sangat mustahil.

PERANGKAP 'RAKAN'

Walau bagaimanapun, mengurangkan jurang tersebut adalah sangat penting. Perlu ditegur kepada pasangan sama ada sudah berkahwin mahupun dalam proses perkahwinan yakni dari bertunang sehingga berkahwin tentang perihal sekiranya berlaku masalah antara pasangan mahupun sebarang masalah lain, tidak perlu mengadu kepada rakan sekerja mahupun sahabat yang berbeza jantina. Kerana ia makin mengeruhkan keadaan.

Antara perangkap kehancuran pihak ketiga ialah mula 'mengadu atau berkongsi masalah peribadi atau tekanan kepada orang lain yang berbeza jantina'. Ramai yang tertipu dengan perkataan “sahabat atau rakan" rapat sehinggakan mereka memilih untuk mengadu masalah kepada individu berbeza jantina. 

Perangkap ini berlaku tidak mengira orang sama ada imam, ustaz, ustazah, pakar ekonomi, kaunselor dan sebagainya.

Cuba fikir secara logik, mengapa mengadu masalah kepada jantina berbeza. Adakah tidak wujud lagi teman rapat yang sama jantina. Mengapa tidak rujuk kepada kaunselor atau kepada orang tengah yang dipercayai (mak ayah). Dalam kes begini, perempuan lebih cenderung mengadu, lelaki cenderung sebagai wira yang mahu menyelesaikan masalah sama ada menasihat atau sebagainya. Ya sudah pasti dalam seseorang individu mengadu permasalahan, individu yang berbeza jantina akan mula merespon.

Sebagai contoh, isteri kepada A mengadu masalah kepada suami kepada B tentang bebanan rumah tangga yang berlaku kepadanya. Si isteri kepada A menggunakan alasan untuk meminta pandangan dan nasihat kepada suami kepada B. Kemudian ia berlaku hanya dalam telefon, YM, dan chat FB misalnya secara berdua. Adakah ini betul cara mengadu permasalahan? Apakah ia tidak cukup memberi ruang fitnah dan ketidak puasan hati kepada Suami A dan isteri B sekiranya perkara ini diketahui?

Sekiranya menjadi kebiasaan mengadu masalah kepada “sahabat” atau “rakan sekerja” yang berbeza jantina ini, sudah pasti lama kelamaan akan wujud kemesraan yang sudah menjadi “keselesaan” kepada seseorang individu untuk mengadu sebarang permasalahan. Mula perbincangan tentang permasalahan, lama-lama mula masuk kepada topik yang lain. Mungkin dialog ringkas seperti “klaw susa-sasa sangat awak, kawen je ngan saya, dapat saya tenangkan awak” atau “ jom la kita kawen, hihi”.

Mungkin si wanita pada awalnya bertahan hanya pada yang “suami” tapi jangan lupa bahawa tidak mungkin ia boleh bertukar bila setiap “perbincangan” si lelaki kononnya bergurau ajak berkahwin akan mula berubah hati ke arah tersebut. 

Sungguh gurauan tersebut sudah pasti itu gurauan syaitan. Mereka sudah tahu siperempuan sudah besuami dan silelaki juga sudah beristeri. Tidak ada lelaki yang bergurau semata-mata bergurau sekiranya sentiasa dilafazkan dan di ulang-ulang. Awas! Itulah perangkap syaitan laknatullah dalam usaha memusnahkan kebahagiaan pasangan.

IKTIBAR BERSAMA

Saya ada terbaca satu kisah perkongsian dalam ruangan kaunselor surat khabar (saya lupa tarikhnya). Seorang lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B dan perempuan C sudah bertunang dengan lelaki D. Perempuan C merupakan rakan kongsi kepada lelaki A, dek kerana mereka sentiasa berhubung atas dasar rakan kongsi pada awalnya, lama-kelamaan perbincangan kearah soal peribadi, soal pertunangan mereka dan sebagainya.

Akhirnya, mereka terperangkap dengan kemesraan yang wujud sehinggakan kedua-duanya selesa mengadu masalah bersama. Bercakap dengan telefon berjam-jam, ber-chat 2,3 pagi, ber-SMS lewat malam dan sebagainya yang melibatkan mereka berdua sahaja. Berjayalah usaha syaitan dalam memerangkap mereka. Ringkasnya mereka berpisah dengan tunang masing-masing. 

Na’uzubillah. Bukankah haram meminang perempuan yang sudah dipinang orang. Moga-mogo perkara ini menjadi iktibar kepada seluruh ummat islam dan perlu berhati-hati dalam menjaga syariat dalam muamalat sama ada seorang perempuan yang telah dipinangkan mahupun antara tunang dengan tunangnya sendiri apatah lagi sekiranya berstatus isteri orang.

KESIMPULAN

Sekali lagi perlu diteguhkan, soal keperluan seoang isteri menjaga maruah ketika berada dibelakang suami adalah tanggungjawab wajib seorang perempuan (suami pun begitu juga). Apatah lagi sekiranya bercinta dengan isteri orang. Kursus perkahwinan juga perlu kepada perubahan kandungan supaya bersifat mendidik bukannya melucahkan. Soal peranan orang tengah yang berfungsi kepada penyelesaian sekiranya berlaku masalah kedua belah pihak suami dan isteri. Soal pengaruh teknologi kepada faktor perpecahan rumah tangga dan banyak lagi. semua ini membawa kepada soal kepercayaan. yang melibatkan pasangan masing-masing. Percayalah Kehancuran Institusi kekeluargaan adalah petanda kepada kehancuran pembinaan generasi yang cemerlang.

* Penulis merupakan Timbalan Presiden PMUKM. Artikel asal boleh diperoleh di laman blog beliau di http://muhammadabduh889.blogspot.com

Ahad, Oktober 30, 2011

Festival Nasyid MAKUM 2011

Festival Nasyid MAKUM 2011 bakal berlangsung hari ini, 30 bakal menampilkan 18 buah wakil IPTA seluruh negara mengalunkan suara beradu nasib dalam pertandingan nasyid tersebut.


Festival tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan JPPel UKM bakal menyaksikan peserta-peserta daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan lain-lain lagi

Festival tersebut bakal berlangsung dalam dua sesi iaitu pada pukul 2.00 petang (sesi I) dan 8.00 malam (sesi II) bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma.


(epelajar/bul/bil.27102011-36)

Sabtu, Oktober 29, 2011

'PMUKM Sesi Ini Komited Bawa Agenda Keintelektualan' - Muzzammil

Bangi, 29 Okt. - Satu sidang media telah diadakan oleh Persatuan Mahasiswa UKM sejurus selesai Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 di UKM petang tadi.

Penegasan yang dikemukakan oleh barisan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), diketuai oleh Presiden PMUKM sendiri, saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi yang memberi penjelasan bahawa PMUKM pada sesi kali ini sentiasa komited dan konsisten melaksanakan agenda keilmuan dan keintelektualan sebagaimana yang dijanjikan oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang diwakili oleh mereka.

Ujar Ahmad Muzzammil lagi, pelbagai program yang membangunkan daya keintelektualan mahasiswa telah dijalankan semenjak memegang tampuk pemerintahan PMUKM bagi sesi 2010-2011, dan ini boleh disaksikan dan dirasai sendiri oleh masyarakat kampus UKM seluruhnya, bukan sekadar di kalangan mahasiswa semata-mata.

Suara Kampus, tambah beliau, sehingga kini sudah masuk siri ke-4 yang diadakan setiap bulan dan membawakan isu-isu semasa termasuklah isu nuklear & tsunami yang berlaku di negara Jepun dan terbaru, pada minggu lalu Suara Kampus telah berjaya membincangkan isu Bajet 2012 dengan huraiannya berkait rapat dengan mahasiswa amnya.

Kebebasan Akademik
Saudara Muhammad Ikram bin Darus selaku Naib Presiden 4 (Nasional) merangkap Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) pula dalam sidang media tersebut membangkitkan isu kebebasan akademik di kalangan masyarakat kampus.

Isu ini, ujar beliau bukan sekadar di lingkungan mahasiswa, tetapi lebih penting para tenaga pengajar disarankan tidak terikat dan tertakluk dengan satu-satu peraturan sehingga menyebabkan mata pelajaran yang ingin disampaikan tersekat.

Kes Prof Aziz Bari sebagai contoh, adalah fakta kes yang menarik perhatian banyak pihak termasuk di luar negara kerana ia merupakan kes yang 'agak memalukan' bagi warga akademik sendiri di atas tindakan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini ke atas beliau.

Konvesyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011
Program Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 yang bakal diadakan pada 2 - 4 Disember tahun ini di UKM adalah bukti Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) konsisten membawakan isu-isu mahasiswa ke peringkat tertinggi mengikut saluran-saluran yang sebenar.

Program tersebut juga membuktikan mahasiswa sebenranya mampu berbincang dan membawakan isu masing-masing di atas kefahaman dan kesedaran yang ada.

Ini juga jelas membuktikan, ujar Timbalan Presiden PMUKM saudara Mohd Abdullah, kelompok mahasiswa sebenarnya mampu berganding bahu di antara mereka walaupun berlainan kampus Universiti dan tidak pernah saling mengenali sebelum ini.

Untuk rekod, Mesyuarat Pra-Konvokesyen yang diadakan sehari suntuk hari ini telah menjemput semua pemimpin mahasiswa bidang Pendidikan untuk bersama-sama duduk berbincang sebagai persiapan awal dalam mengatur agenda yang bakal dibawa dan dibincang di Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 yang bakal menyaksikan UKM menjadi tuan rumah buat program Konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini.

Program Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 ini bakal menghimpunkan seluruh mahasiswa bidang Pendidikan termasuk daripada kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan kampus-kampus Universiti tempatan.

Antara perkara penting yang bakal dibincangkan di dalam Konvensyen tersebut adalah isu penempatan mahasiswa bidang pendidikan dan halatuju bidang pendidikan itu sendiri yang selama ini jarang dibicarakan di medan-medan ilmiah.

Justeru itu, diharapkan program Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 yang bakal diadakan pada awal bulan Disember itu nanti bakal melakar satu lagi sejarah bidang pendidikan.

Adalah diharapkan usaha-usaha yang dijalankan khususnya penat lelah dan kudrat yang dicurahkan bakal memberi pulangan yang berbaloi buat semua rakan mahasiswa.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Capai 2 Resolusi

Selesai sudah Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 yang berlangsung sehari suntuk pada hari ini.

Mesyuarat penting ini yang dihadiri hampir 30 orang wakil kepimpinan mahasiswa Fakulti Pendidikan seluruh IPT di Malaysia ini telah membincangkan beberapa buah perkara dasar yang ingin dicapai dalam program ulung Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 yang dijadualkan bakal berlangsung 2- 4 Disember 2011 di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS) , UKM Bangi.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh saudara Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Lt M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi dan diikuti pembentangan tentatif penuh program Konvesyen tersebut oleh saudara Muhammad Aiman Zulkefli selaku Pengarah Unit Program.

Seterusnya sesi sumbangsaran (brainstorming) isu pendidikan semasa yang melibatkan pembabitan semua hadirin.

Pelbagai permasalahan bersifat nasional dan dalaman kampus masing-masing telah dibawa. Antaranya isu lambakan mahasiswa Fakulti Pendidikan yang sudah lama bergraduasi (melebihi dua tahun) dan baru bergraduasi baru-baru ini.


RESOLUSI MESYUARAT
Di penghujung mesyuarat ini, terdapat dua buah resolusi yang disepakati bersama hadirin mewakili kampus masing-masing.

Dua (2) buah resolusi tersebut adalah;
1. Penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan yang bakal menggabungkan mahasiswa-mahasiswi seluruh IPT tempatan termasuk dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan.
2. Mengadakan Konvensyen Mahasiswa Pendidik Kebangsaan dalam tempoh berkala secara tahunan di seluruh IPT Malaysia.

Majlis bersurai dengan sidang rakaman video dan sesi bergambar bersama-sama pada pukul 5.30 petang.

Daripada pihak PMUKM khususnya daripada MPP Fakulti Pendidikan, saudara Mohd Izzuddin bin Pisol sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran semua wakil pimpinan kampus masing-masing dan sumbangsaran yang sangat bermakna.

Semoga mesyuarat yang berlangsung pada siang hari tadi bakal membawa 1001 hikmah dan kesan kepada pembinaan generasi hadapan yang lebih berilmu dan intelektual.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Alexia : The Need of Academic Freedom

By  Phang Siew Chin @ Alexia, The Vice President  I  of Student Representative Council 2010/2011.Currently a 4th Year Law Student in the National University of Malaysia.28 October 2011

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Recently, Prof. Aziz Bari, a renowned Law Professor from the International Islamic University of Malaysia (IIUM) was given a show cause letter after over allegedly seditious remarks he made about the Sultan regarding his decree on the Selangor Islamic Religious Department (JAIS).

The question arises as to what is academic freedom in Malaysia? Is an academician allowed to make comments and remarks only in favor of a specific group of people or should they comment for the overall purpose of public interest to improve the awareness of society? 3 things that came to mind and should be highlighted is this: academic freedom, university autonomy and the non-interference of political parties. Does this incident signal the further decline of the standard of our Malaysian academia?

Academic freedom is paramount because it allows people especially academicians to speak with honesty and trustworthy  to the society and to educate people with knowledge within their field of expertise.


Following this, university autonomy and the non-interference of political parties, are also related and must be ensured. It generally means that the university should be independent and free from the pressures of any political party so that intellectual growth will flourish among students and academicians. What would happen if there is no autonomy and the existence of interference from political parties? An example, would be the present case. Political parties would interfere by asking the university administration to punish a particular professor, although the statement made might be related to the Constitution and within the perimeters and principles of the Constitution. It is vital that we uphold and practice academic freedom, university autonomy, and non-interference of political parties so that incidences similar to that of Prof Aziz Bari will not happen again.

With these, I conclude that Freedom of academician, autonomy and non-interference of political parties in the incident happened to Prof. Aziz Bari assured and improve the education and society as whole.

Jumaat, Oktober 28, 2011

Majlis Penutup Bulan Siswazah & International Cultural Perfomance Night

You have an invitation From The Vice President of PMUKM:


International Cultural Festival aims to encourage International Students into the involvement of Students Activities through cultural understanding and it become the platform for collaboration between International Students and Local Students. The detail as below: 

MAJLIS PENUTUP BULAN SISWAZAH & INTERNATIONAL  CULTURAL PERFORMANCE  NIGHT
Date: 31 OKTOBER 2011 Monday

Time: 7.30pm

Venue: DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR)
Student  from  Bangladesh, Iran, Palestine, China Yemen, Indonesia will present their respective cultural.

Everyone are invited to attend. Food will be served during the event, so why don't we attend together? See you there!

Mesyuarat Kebajikan : PMUKM Serius Perjuang Kebajikan


Satu Mesyuarat Kebajikan telah diadakan pada 27 Oktober 2011 jam 8.30 malam di Bilik Gerakan HEP. Mesyuarat yang diadakan ini dipengerusikan oleh MPP Izzuddin Pisol selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM melibatkan Exco Kebajikan JAKSA, Persatuan Anak Negeri dan Persatuan Mahasiswa Fakulti.

Agenda dimulakan dengan aluan dari pengerusi kemudian kepada tayangan video. Kemudian, Pengerusi Urusetia Kebajikan Pelajar JPPEL, Saudara Khair Bin Sujud memulakan bicara sebagai pengenalan Unit Kebajikan Pelajar.


Susulan daripada itu, setiap perwakilan dari kolej, fakulti dan anak negeri memulakan aduan kebajikan kepada saudara Izzuddin. Kebanyakan isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dari haiwan liar, bantuan kewangan, kemudahan prasarana dan pelbagai lagi.

Perbincangan isu yang dibangkitkan diselangseli dengan cadangan penambaikan. Di peringkat PMUKM akan mengusulkan cadangan dan aduan kepada pihak berkaitan.

Mesyuarat tamat diakhiri dengan jamuan ringan.

Sokongan dari masyarakat kampus amat dihargai kerana PMUKM serius dalam memperjuangkan KEBAJIKAN sebagaimana KEBAJIKAN adalah paksi perjuangan PMUKM demi kebaikan bersama.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

BM bahasa pengantar Kursus Wajib Universiti - Menteri Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA, 27 Okt : Penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu akan dijadikan satu daripada kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat ahli-ahli akademik, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata perkara itu adalah antara inisiatif dalam 'Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi; (IPT) yang dilancarkan hari ini.

Melalui pelan itu juga, anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa Melayu akan diwujudkan, manakala kategori baru iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam Bahasa Melayu akan dimasukkan dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) akan datang.

30% BM gugusan sains 2020
Bercakap pada majlis pelancaran pelan tindakan itu di kementerian berkenaan hari ini, beliau berkata semua kursus wajib universiti seperti Kursus Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara serta Hubungan Etnik akan diwajibkan dikendali dalam Bahasa Melayu, manakala penuntut antarabangsa pula diwajibkan mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi.

Kita meletakkan sasaran 30 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains pada 2020. Dalam tempoh yang sama juga, kementerian meletakkan sasaran 70 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains dan sosial,” katanya.

Mohamed Khaled berkata aktiviti menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu akan dipergiat melalui unit terjemahan yang ditubuhkan di setiap IPT.

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula akan dijadikan badan yang akan menghubungkan semua jabatan pengajian Melayu di luar negara untuk menyepadukan usaha memartabatkan Bahasa Melayu, katanya.

Bilangan artikel berindeks akan ditingkat
Beliau berkata usaha untuk menambah bilangan artikel berindeks dalam Bahasa Melayu dan bilangan penerbitan buku akademik dalam Bahasa Melayu akan ditingkat, selain memperkukuh jurnal tempatan berbahasa Melayu berkualiti di IPT sehingga dapat diindekskan dalam Scopus dan Institut Maklumat Saintifik(ISI), iaitu pangkalan data berindeks yang diiktiraf.

Mohamed Khaled berkata usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu tinggi merentasi pelbagai bidang dalam IPT, sekaligus memastikan ia tidak hanya dimonopoli oleh mereka yang berada dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.

Beliau berkata ia akan dapat meningkatkan nilai ekonomi Bahasa Melayu serta memperbetulkan persepsi selama ini bahawa Bahasa Melayu hanya dikaitkan dengan taraf kehidupan yang rendah, iaitu bahasa yang dituturkan oleh mereka yang tidak berpendidikan tinggi.

Tidak pinggir BI
Dalam masa sama juga, pelaksanaan pelan tindakan ini tidak bermakna kementerian meminggirkan peranan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kampus.

Sebaliknya, proses memperkukuh Bahasa Inggeris di IPT akan sentiasa berjalan terutama dalam usaha kita meningkatkan kualiti dan tahap kebolehpasaran graduan,” katanya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Mohamed Khaled berkata pelan tindakan itu dihasilkan berdasarkan Kajian Penggunaan Bahasa di IPT awam tahun lepas, yang mendapati tidak ada garis panduan yang tetap, berstruktur dan sistematik dalam memantapkan penggunaan Bahasa Melayu di IPT.

IPT-IPT di seluruh negara boleh memulakan usaha sepertimana dalam pelan tindakan itu mengikut kesesuaian selepas ia dilancarkan hari ini, katanya.

Mengenai ATMA, Mohamed Khaled berkata sehingga kini terdapat tujuh jabatan pengajian Melayu di universiti-universiti di China, manakala beberapa lagi di Eropah, Amerika, Jepun dan Korea yang selama ini tidak berhubungan antara satu sama lain.

Selama ini sebahagian besar jabatan pengajian Melayu itu lebih menekankan Bahasa Indonesia, mungkin kerana kita tidak ada link, jadi kita nak mainkan peranan yang lebih aktif supaya kita dapat memantapkan penggunaan Bahasa Melayu di seluruh dunia,” katanya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Rujukan :

ISIUKM : Istimewa Zullhijjah - Fadhilat & Peristiwa

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan-Amalan 10 Hari Pertama Di Bulan Zulhijjah

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagi-Ku (Allah) dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya)." Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.



Peristiwa Penting Di Bulan Zulhijjah

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w.

Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah,Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

*Artikel diambil di blog rasmi Ikatan Studi Islam UKM

Karnival Ilmu Anak Muda '11 (KAMU'11) Raikan Anak Muda

Posted by MPM Aida Rahayu

Berlalu sudah program terbesar anjuran NGO mahasiswa islam iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS). Program 2 hari ini merangkumi pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk melahirkan anak muda yang berdaya saing dari segi keilmuan. Selaku Timbalan Pengerusi Penerangan GAMIS, saya bergerak secara langsung dalam Karnival Ilmu Anak Muda 2011 (KAMU'11)


SIDANG MAHASISWA
Cukup mengujakan apabila dalam Sidang Dewan Mahasiswa yang melibatkan Majlis Perwakilan Mahasiswa dari IPTA/IPTS seluruh Malaysia. 30 orang MPM dihimpunkan dalam sidang tersebut bagi membahas usul masing-masing. Speaker dewan adalah Saudara Ridzuan, mantan MPM Universiti Malaya mengemudi sidang dewan.


Usul yang dibangkitkan adalah mengenai isu negara dan mahasiswa sebagai contoh pemansuhan AUKU, Bajet 2012, PTPTN, PRU 13, Perpaduan Nasional, 'Good Governance' dan sebagainya. Perbahasan usul berakhir dengan resolusi dari setiap kampus mempamerkan perkongsian pendapat di kalangan anak muda dalam segenap aspek dan kepentingan umum sekaligus membuktikan mahasiswa mampu berfikiran kritikal mencorak masa depan negara.

Serentak dengan Sidang Dewan Mahasiswa, Sidang Gerakan Mahasiswa Islam turut diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) juga. Sidang ini juga menghimpunkan pendokong gerakan mahasiswa islam dari pelbagai kampus. Berkesinambungan dengan Sidang Gerakan Mahasiswa Islam ini, Simposium Dakwah Kampus (SIMDAK) diadakan pada keesokan harinya melibatkan pembentangan kertas kerja dakwah di kampus dan persoalan akidah.


BENGKEL PERSONALITI UNTUK WANITA
KAMU turut meraikan pelbagai lapisan masyarakat antaranya kaum wanita dengan Bengkel Personaliti Anggun menampilkan Saudari Muna Izzah dan Heliza Helmi mencuit hati dan mempamer pemakaian tudung mengikut syariat melalui demo yg diadakan.


Tamatnya bengkel anggun, KAMU membawakan kepada masyarakat 'Forum Syurga Cinta' menampilkan Ust Zaharuddin Abdul Rahman, Prof Dr Muhaya, dan Imam Muda Ashraf (Moderator). Sangat mendapat sambutan ramai! Soalan-soalan dari para penonton kebanyakannya meminta panduan dari panel untuk kahwin muda. Heliza Helmi tidak ketinggalan untuk mengikuti forum ini juga.


 
SUKAN 'STREET SOCCER' & KONSERT GEGAR ANAK MUDA
KAMU tidak mengenepikan golongan anak muda yang lazimnya minat bidang kesukanan. KAMU menghidangkan pertandingan 'Street Soccer' yang mendapat penglibatan dari 20 pasukan daripada pelbagai kawasan Negeri Selangor.


Kecaknaan anak muda terhadap isu-isu di Palestin juga diterapkan melalui slot bersama Ust Syed Norhisham (Mursyid Imam Muda) dan pelancaran tabung Palestin. Pada malam penutup, perasmian penutupan oleh Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor lalu diteruskan dengan Konsert Gegar Anak Muda yang dibintangi kumpulan Nowseeheart, Al-Farabi dan Amy Search.



PENUTUP
KARNIVAL ILMU ANAK MUDA 2011 (KAMU'11) ini menjadi bukti anak muda cintakan keintelektualan dalam menggarap masa depan Islam dan negara. Di samping HIMPUN merupakan sebahagian agenda KAMU'11, GAMIS menyokong HIMPUN kerana ia sebagai gambaran keprihatinan masyarakat terhadap isu akidah walaupun ia bukanlah sebagai penyelesai masalah akidah umat Islam Malaysia dengan hanya berhimpun selama 2 jam itu. 

Ini kerana anak mudalah bakal menjadi pemimpin yang dapat menggubal undang-undang enakmen akidah bagi membendung gejala murtad.

Anak muda amat berperanan dalam menjana rakyat ke arah masyarakat yang dinamik, berintegriti dan bersatu padu. Anak muda merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Anak muda hari ini juga merupakan gambaran negara pada masa hadapan.

Disediakan oleh,

Aida Rahayu Binti Mohd Badri
Pengerusi Biro Informasi & Penerangan
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)
merangkap
Timbalan Pengerusi Penerangan
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Rabu, Oktober 26, 2011

Membina Kemahiran Membuat Keputusan

Kita sentiasa membuat keputusan dalam hidup. Keputusan yang dibuat kadangkala mendatangkan kesan positif dan kadangkala sebaliknya.

Perbincangan dan keputusan yang dibuat secara kolektif sering kali mendatangkan kesan yang baik pada kita dan orang lain. Justeru Islam menekankan supaya musyawarah dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dalam surah Ali-Imran ayat 159 AIah berfirman,

"Maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka serta bermusyawarahlah bersama mereka dalam urusan (duniawi). Selepas kamu membulatkan tekad bertawakallah kepada Allah..”

Keputusan yang baik adalah yang praktikal, berkesan dan mudah dilaksanakan. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya nabi jika diberi pilihan antara dua perkara akan memilih sesuatu yang lebih mudah selagi mana ia ia tidak membawa kepada dosa..”

Dalam membuat keputusan, pendapat majoriti tidak boleh diterima apabila ia bercanggah dengan dasar-dasar Al-Quran dan Sunnah.

Dalam surah al-An'am ayat 116, Allah berfirman, “Jika kamu menurut kehendak kebanyakan manusia di atas muka bumi mereka akan menyesatkan kamu."



James M. Higgins di dalam bukunya yang bertajuk 101 Creative Problem Solving Techniques berkata, “ Kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif adalah keperluan pada hari ini. Individu yang lebih inovatif dalam sesebuah organisasi biasanya lebih berjaya dan mampu berkembang." Antara teknik membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang boleh dilaksanakan, seperti yang dicadangkan oleh James M. Higgins adalah:

1. Camelot. Teknik ini menuntut individu menentukan objektif terbaik yang hendak dicapai, disusuli dengan perbincangan berhubung dengan kekuatan yang diperlukan bagi mencapai objektif itu.

2. Fishbone Diagram. Ia diasaskan oleh profesor Ishikawa dari Universiti Tokyo. Teknik ini menggunakan lakaran seperti tulang ikan bagi mengenal pasti masalah pokok yang dihadapi oleh pejabat ataupun institusi serta punca-punca yang menyumbang kepada masalah itu. Selepas semuanya dikenal pasti, perbincangan dibuat bagi menyelesaikan masalah itu.


3. Brainstorming. Ia diasaskan oleh Olex Osbom dari syarikat Batten, Barton, Durstine and Osborn. Dalam sesi brainstorming, setiap ahli mesyuarat diminta memberikan pandangan berhubung dengan masalah yang ingin diselesaikan secara terbuka tanpa sekatan.

4. Scenario Writing. Ia adalah perbincangan kreatif berhubung dengan senario yang dijangkakan berlaku pada masa akan datang. Selepas senario itu dikenal pasti, perbincangan seterusnya difokuskan bagi menyusun strategi menghadapi senario itu.

5. Mind Mapping. Ia dipopularkan oleh Tony Buzan dari Methods Group di Englald. Teknik ini dapat gunakan oleh setiap individu dengan menulis masalah pokok dan mencabangkan masalah itu kepada masalah-masalah ranting seperti ranting-ranting pokok. Daripada peta itu, dapat dikenal pasti persamaan dan kaitan antara satu masalah dengan masalah lain.

Kelewatan Laporan Ketua Audit Negara 'Misteri' - Prof Dr. Aziz

Tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan, tegas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh Ketua Audit Negara dan diserahkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada 'player'.

"Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) Ketua Audit Negara."

Untuk rekod, kedudukan Ketua Audit Negara merupakan antara jawatan tertinggi yang dilantik secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Menghairankan

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, menjadi amalan badan tersebut sejak 1982, LKAN perlu dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan atas alasan pihak kerajaan 'perlu mengetahui isu yang dibangkitkan' agar dapat bersedia 'memberi penjelasan apabila diperlukan'.

Prof Dr Aziz menjelaskan, walaupun Perlembagaan tidak menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, akan tetapi Jabatan Audit Negara patut melakukannya dalam kadar segera demi menjaga integriti badan tersebut.

Ujar beliau, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih 'amat misteri'.

Untuk rekod, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada Isnin lalu

Berdasarkan amalan selama ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) biasanya dikemukakan bersekali dengan Laporan Ekonomi dan pembentangan belanjawan negara, tetapi isunya mula kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada tahun ini diedarkan berasingan daripada hari pembentangan bajet.

Tarikh pembentangan Bajet 2012 adalah pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Selasa, Oktober 25, 2011

Analisis Laporan Ketua Audit Negara 2010

Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011 biarpun ia agak di luar amalan Parlimen Malaysia yang sekian lama dikemukakan bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara. Pengedarannya didapati lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Umum mengetahui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan dokumen rasmi kerajaan yang 'panas' dan mendapat liputan luas ekoran di dalamnya terkandung laporan audit yang tidak boleh diselindungi daripada pengetahuan umum.


Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran.

Analisa ini diwar-warkan kepada pembaca bukan bertujuan mengkritik mana-mana pihak, tetapi sekadar hebahan informasi umum kepada kita semua sebagai warganegara Malaysia tercinta ini.

1) 19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)

Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd. Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.

2) 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah RM3.73 billion.

Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4) Kutipan cukai meningkat sebanyak RM1.01 billion menjadi RM159.65 billion berbanding tahun 2009.

5) Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi

6) Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :

- Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
- El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
- Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
- Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta

Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :

- Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga ekor kuda)
- Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga ekor kuda)
- Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua ekor kuda)
- Universiti Putra Malaysia (tiga ekor kuda)
- Universiti Teknologi Malaysia (dua ekor kuda)
- Majlis Sukan Terengganu (dua ekor kuda)
- Royal Terengganu Endurance Stable (lapan ekor kuda)

7) Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya mampu mengutip RM23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya perbelanjaan boleh tahan juga “makannya”. Sebagai contoh :

- RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam ( harga pasaran RM1,940)
- RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
- RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga pasaran RM3,428)

8. 96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar “dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR). Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…9) Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

- Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion
- Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
- Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta
- Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

10) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm

11) Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan

12) Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :

- Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
- Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
- Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
- Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
- Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Tersebut merupakan beberapa kelemahan dari sudut integriti yang telah didedahkan kepada umum.

Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan seterusnya untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini?

Isu PTPTN hantui mahasiswa

Bangi, 25 Okt. - Isu kewangan kembali menghantui mahasiswa UKM. Sesudah usai masalah biasiswa JPA, kini pemohon Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) pula menghadapi nasib yang sama.

Terbaru, beberapa orang mahasiswa telah mengadu nasib kepada PMUKM. Isu ini dibawa untuk tindakan saudara Muhammad Ikram bin Darus selaku Naib Presiden 4 untuk perhatian pihak berwajib.

Ironinya permasalahan ini bukan timbul di kalangan mahasiswa tahun satu, tetapi berlaku pada mereka yang sudah di tahun dua hingga empat.

Bergerak di atas maklumat tersebut, saudara Ikram telah membawanya untuk perbincangan dengan pihak Bendahari UKM. Namun dukacita pihak berkenaan memaklumkan bahawa perkara ini berada di luar bidang kuasa mereka.

Langkah yang seterusnya, saudara Ikram telah berhubung sendiri dengan pihak PTPTN dan bercakap dengan pegawai terbabit. Mereka telah memberi jaminan akan mengenalpasti masalah dan cuba menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

Kepada mana-mana mahasiswa UKM tahun 2, 3, dan 4 yang masih belum mendapat wang PTPTN adalah dipohon untuk maklumkan dengan segera kepada saudara Ikram Bin Darus, Naib Presiden 4 PMUKM di talian 0193742239 untuk pengumpulan maklumat dan tindakan lanjut.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Syarahan Kenangan Dr. Nik Anuar



Satu syarahan bertajuk 'Sejarawan Dalam Kenangan' sempena mengenang seorang tokoh sejarah tanahair, Allahyarham Prof Dato’ Dr Nik Anuar Nik Mahmud bakal diadakan. 

Maklumat program adalah seperti berikut;

Tajuk : Sejarawan Dalam Kenangan
Penceramah : YBhg. Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya
Tarikh : 28 Oktober 2011 / 1 Zulhijah 1432 H
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

(rujuk poster yang dilampirkan)



Allahyarham merupakan Felo utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) telah meninggal dunia tahun lalu kerana kanser usus.

Beliau terkenal sebagai seorang pengkaji sejarah Malaysia, khususnya politik dan diplomasi konflik sempadan dan pemisahan.

Maklumat tentang beliau boleh didapati di capaian berikut.

Suara Kampus 4 Catat Kehadiran Memberangsangkan

Bangi - Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang memenuhi dewan kuliah DK3B.301 Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) untuk menghadiri Forum Siswa Suara Kampus 4 : Bajet 2012 - Di manakah Mahasiswa ? sebentar tadi. 


Dengan barisan ahli-ahli panel yang tidak asing di kalangan warga kampus UKM seperti Prof Dato Dr Haji Hailani Muji Tahir, Prof Dr Abdul Ghafar Ismail dan Dr Haji Zaharuddin Hj Abdul Rahman, serta dimudahcara sendiri oleh Presiden PMUKM, saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi, kehadiran mahasiswa/i dan kakitangan UKM ke program ini sangat-sangat mengujakan.


Membicarakan isu Bajet 2012 yang dibentangkan awal bulan ini, bingkisan yang menarik daripada ahli panel sangat signifikan dan memberi kesan serta kupasan dari sisi ilmiah yang berguna pada hadirin.

Soalan-soalan yang diajukan kepada ahli-ahli panel juga menarik dan agak mencuit hati sehingga forum yang dijadualkan tamat pada pukul 11 malam terpaksa dianjak hampir ke pukul 12 malam.




Di peringkat urusetia memohon kemaafan di atas kekurangan penganjuran program ini dan jutaan terima kasih kepada yang hadir ke Suara Kampus kali ini. Semoga majlis-majlis ilmu sebegini akan terus subur di bumi perbukitan ilmu di kampus Universiti tercinta kita ini.

p/s : Perincian kupasan forum akan dimasukkan kemudian

Isnin, Oktober 24, 2011

Dunia Gaddafi telah tamat

NASIB Muammar Ghadafi telah diketahui semua. Sebagai pemimpin dunia Arab dan Afrika yang terkemuka, dia mengakhiri pimpinan dan kuasa dengan cara yang tragis.

Dia dibunuh oleh rakyatnya yang memberontak. Azamnya untuk mati melawan hingga titis darah terakhir berlaku. Dia berlawan hingga akhir dalam negaranya sendiri.

Tetapi dia di saat dia berlawan. Dia sudah ditangkap hidup. Sebagai tawanan itulah dia dihukum.

Tamat dunianya. Tinggal dia dengan Tuhannya saja.

Tiada nampak sejarah akan mengingatinya sebagai seorang yang disukai termasuk oleh bangsanya. Tentangan tegasnya terhadap penindasan kolonialis barat dan zionis tidak cukup baginya untuk menjadi seorang yang dikenang.

Apa pun hukuman yang diterimanya, dia tidak lagi terpaksa menghadapi derita mental dan pysikal gara-gara kegagalannya mempertahankan kuasa dan regimnya.

Hukum yang diterimanya amat tragis, tetapi dia tidak terpaksa menanggung beban dan siksaan sebagai orang kalah yang ditawan.

Dia tidak mengalami lagi apa yang dialami oleh dua rakan sejawatnya dulu, Hosni Mubarak dan Zaine el Ebidene Ben Ali. Dia tidak dengar dan tidak alami kutukan penentangnya dan segala kesannya.

Tetapi dua rakan sejawatnya dari Mesir dan Tunisia yang sedang dihukum oleh rakyatnya sekarang terus menderita baik dari segi mental dan tubuh badan.

Sekali pun Ben Ali dapat melepaskan diri lari keluar negeri, tetapi kehidupannya sejak hilang kuasa adalah amat menderita. Sekali pun dia tidak mengalami deraan pysikal, tetapi tekanan derita mental oleh seorang bekas pemimpin negara adalah amat pahit untuk dilalui.

Pertama dia tidak lagi dilayan sebagai semasa berkuasa dulu. Banyak kepayahan terpaksa dilalui dalam hidup baru itu.

Aib dengan apa yang terjadi. Bagaimana hendak menghadapi semua orang yang ditemui? Segala cerca, maki hamun dan kutukan rakyat jelata datang tidak henti-henti.

Ancaman yang datang, sama ada boleh kekal dalam buangan atau akan dihantar pulang bagi diadili dalam negeri, sentiasa merawang dalam fikiran hingga menyusahkan untuk tidur dan jaga juga tidak senang.

Setiap kali terbaca apa yang dialami oleh Hosni Mubarak, akan tambah rasa derita.

Akan Hosni Mubarak pula, dalam usia yang lanjut dan uzur itu sepatutnya menjalani rawatan yang seadannya sesuai dengan khidmatnya sebagap pesara tentera dan pemimpin selama 30 tahun.

Tetapi sebagai pesakit tua yang dirawat, dia adalah tawanan yang terpaksa menghadapi segala masalah yang alami oleh seorang tawanan. Terpaksa brdepan dengan soal siasat terhadap segala tuduhan berat yang dikenakan.

Orang muda yang sihat pun akan terasa azab yang pedih dengan tekanan seperti itu, maka apa lagi bagi seorang tua yang uzur yang sepatutnya rehat sepenuhnya.

Derita di tempat dia ditahan tidak dapat dibayangkan, apa lagilah apabila dipaksa dihusung ke mahkamah bagi menjawab segala pertuduhan.

Dia mungkin dirasakan lebih teruk dari yang dialami oleh Ben Ali. Ben Ali tidak berdepan dengan penyiasat dan mahkamah, tetapi Hosni dipercayai dapat juga layanan isteri dan dapat melihat anak-anak yang juga ditawan sepertinya.

Ben Ali tidak diketahui dapat layanan keluarga terdekat.

Selagi kedua-duanya ada usia, tidak dapat dibayangkan segala serba susah dan tekanan fikiran yang dihadapi.

Ghadapi juga menghadapi berbagai soalan yang mengganggu ketenangan sebagai lapan bulan pemberontakan rakyatnya. Sekali pun tempoh pergelutan itu lebih panjang dari yang dihadapi oleh Ben Ali dan Hosni sebelum hilang kuasa, tetapi Ghadapi sepanjang tempoh itu adalah bertindak sebagai seorang panglima tentera yang sihat tubuh badan.

Tetapi payahnya banyak juga tetapi dia bergerak dari setempat ke setempat ssebagai pemimpin tentera. Sekalipun berakhir dengan kekalahan dan dia dihukum bunuh sebaik dia ditawan.

Dia tidak menghadapi segala tekanan seperti yang dihadapi oleh Hosni dan Ben Ali. Cerita dunianya sudah berakhir. Tetapi Ben Ali dan Hosni terus menghadapi azab dunia entah sampai bila.

Apa yang dihadapi di akhirat itu adalah antara dua dengan Tuhannya, tetapi siksaan di dunia sesama manusia amat menyukarkan pada pandangan manusia. Apakah Gahdafi lebih senang dari Ben Ali dan Hosni Mubarak? 

Tuhan saja yang tahu.