PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, Mac 30, 2012

Pengumuman PENTING kepada pemegang biasiswa JPA & pinjaman PTPTN

1. Pengumuman kepada pemegang Biasiswa JPA yang masih belum menerima bayaran

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar tajaan JPA yang belum menerima bayaran pada Semester 2 Sesi 2011/2012, anda dikehendaki berhubung terus dengan pihak JPA atau emel kepada Puan Hanizal binti Mohd Yusof iaitu hanizal@jpa.gov.my atau telefon 03-88853377 dalam kadar segera.

Tarikh tutup permohonan adalah selewat-lewatnya pada 30 Mac 2012.

Kerjasama pelajar amat diperlukan untuk mengelak sebarang kesulitan.Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 - Puan Wan RoshanaWan Embong (UKM)

Sumber : e-Pelajar

Khamis, Mac 29, 2012

Developed status a long way if noble values not upheld: Tun Dr M

BANGI: Malaysia will take a long time to achieve developed-nation status if its people to not uphold noble values, says former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He is however confident that this aim including realising Vision 2020 can be achieved if the people are honest, diligent, efficient and fully aware of their responsibilities to the nation.

"If we have these qualities, today we would have become a developed nation but we find that some sections of the population have not mastered knowledge.

"When they're employed, they only work in accordance with the pay they receive, not for job satisfaction, which sometimes is non-existent in Malaysia.

"We should instead be like the Japanese, who toiled to rebuild their country which was destroyed during the war. They worked very hard and within a short time, Japan not only fully recovered from the destruction but has become the second most developed country in the world."

Rabu, Mac 28, 2012

Rang Undang-Undang Pekerja Sosial bakal dibentangkan di Parlimen,

PUTRAJAYA 28 Mac - Rang Undang-undang Pekerja Sosial yang digubal bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sosial di negara ini dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Gambar hiasan
Sekiranya diluluskan melalui peruntukan undang-undang baru tersebut, Kerajaan akan mewujudkan Majlis Pekerja Sosial Malaysia sebagai usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sosial kepada masyarakat terutama golongan yang memerlukan.

Di bawah majlis tersebut semua pekerja sosial akan didaftarkan bagi mengawal selia kelayakan mereka dan memantapkan lagi profesion kerja sosial serta penyampaian perkhidmatan sosial di negara ini.

23 pelajar Malaysia terima biasiswa kerajaan Jepun

KUALA LUMPUR, 27 Mac : Seramai 23 pelajar menerima biasiswa kerajaan Jepun yang keseluruhan bernilai RM4.5 juta bagi melanjutkan pelajaran di negara tersebut.

Mereka terdiri daripada 21 lepasan ijazah dan dua pelajar ijazah pertama yang dipilih daripada 100 pemohon.

Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura (gambar), pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama akan menerima RM256,800 seorang untuk tempoh lima tahun sementara yang mengikuti ijazah lanjutan akan menerima RM188,280 untuk tempoh pengajian tiga tahun.

"Pelajar ijazah pertama akan menerima RM4,280 sebulan sementara lepasan ijazah akan menerima RM5,230 sebulan," katanya di sini, Selasa.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Tajudin Don.

Selasa, Mac 27, 2012

Kerajaan, pembangkang perlu duduk semeja isu GST, ujar Idris Jala


KUALA LUMPUR 27 Mac - Kerajaan dan pihak pembangkang perlu duduk semeja membincangkan pendekatan terbaik untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, pelaksanaan GST wajar dipertimbangkan secara logik dan realistik kerana ia mampu memberi banyak faedah kepada Malaysia.

Secara terbuka, beliau menaruh harapan supaya kedua-dua pihak dapat berbuat demikian selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Isnin, Mac 26, 2012

Malaysia penuhi komitmen Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear, ujar TPM

SEOUL, 26 MAC (BERNAMA) : Seluruh pemimpin dunia termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dijadualkan memulakan Sidang Kemuncak Nuklear di Seoul, hari ini.

Korea Selatan yang menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak itu dianjurkan bagi mencari jalan terhadap usaha menangani ancaman keganasan nuklear, termasuk perbincangan sampingan berhubung rancangan pembangunan atomik Korea Utara.

Mesyuarat dua hari itu adalah susulan daripada sidang kemuncak pertama yang dianjurkan AS pada 2010 di mana Washington adalah tuan rumah.

Pada malam sebelum sidang kemuncak di Seoul, Obama mengumumkan di depan pemimpin dan pegawai tertinggi daripada 53 negara, bahawa Ukraine sudah menunaikan janji mereka dua tahun lalu bagi memindahkan kesemua uranium daripada negara itu.

PDRM berdepan jenayah siber yang kian meningkat

KUALA LUMPUR, 25 MAC - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baru perlakuan jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata jenayah siber kini semakin meningkat, manakala jenayah jalanan dan indeks perlu terus diberi perhatian, terutamanya dalam aspek pencegahan.

"Kerajaan amat prihatin terhadap perlakuan jenayah dalam konteks negara kita dan antarabangsa," katanya pada majlis sempena Peringatan Hari Polis ke-205, di Dataran Merdeka, malam tadi.


Khamis, Mac 22, 2012

Pasaran kerja tahun 2012 dijangka lembab

KUALA LUMPUR 21 Mac - Prospek pasaran pekerja pada tahun ini dijangka lembab berikutan aktiviti ekonomi yang dijangka lebih perlahan.

Menurut Laporan Tahunan 2011, kadar pengangguran tahun ini dijangka meningkat kepada 3.2 peratus berbanding tahun lalu iaitu 3.1 peratus.

Kewujudan peluang pekerjaan akan lebih tertumpu kepada sektor dalam negara seperti perkhidmatan dan pembinaan kerana permintaannya dijangka kekal kukuh.


Bagaimanapun guna tenaga dalam sektor berorientasikan eksport mungkin terjejas akibat permintaan luar yang semakin lemah.

Pindaan AUKU bukti kepercayaan kepada mahasiswa

SHAH ALAM, 22 MAC :Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan bertujuan untuk mengongkong golongan mahasiswa.

Sebaliknya, katanya, cadangan itu menunjukkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.


Beliau berkata falsafah di sebalik cadangan pindaan AUKU akan membolehkan mahasiswa mendengar ceramah politik dan memilih parti tanpa mengabaikan tumpuan terhadap pelajaran semasa di kampus.

Rabu, Mac 21, 2012

Keputusan SPM 2011 : 559 calon peroleh A+, Gred Purata Nasional 5.04

PUTRAJAYA 21 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 menyaksikan peningkatan calon yang memperoleh semua A+ dalam peperiksaan matapelajaran yang diduduki mereka.

Gambar hiasan
Daripada itu pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

Secara penuhnya seramai 559 calon SPM tahun lalu memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan.

Jumlah itu melonjak bertambah berbanding 403 orang pelajar yang memperolehi keseluruhan gred cemerlang tertinggi (A+) pada tahun 2010 dengan berbanding masing-masing 363 calon sekolah menengah kebangsaan dan 40 calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan.

Selasa, Mac 20, 2012

Peringatan kepada semua pelajar tahun akhir...


  
Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) Sesi 2011-2012 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Berdasarkan Pekeliling Akademik Bil. 7/2012 dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, sukacita dipohon jasa baik Pelajar Tahun Akhir yang belum mengisi kajian penilaian Instrumen Malaysian Soft Skills Scale (MY3S) secara online laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s untuk berbuat demikian sebelum 25 Mac 2012.

Isnin, Mac 19, 2012

Lepak@Redaksi Meriah!

Sepanjang minggu lalu, Sidang Redaksi Majalah UKM (Majalah Aspirasi) Edisi ke-35 telah mengadakan Lepak@Redaksi dengan membuka booth bagi memperkenalkan majalah rasmi universiti ini kepada masyarakat kampus. Kemeriahannya jelas dengan penyertaan ratusan rakan-rakan mahasiswa UKM dalam sesi fotografi dan  Pertandingan Like di laman sosial Facebook.



Ahad, Mac 18, 2012

Mahasiswa praktikal di agensi kerajaan layak pohon elaun bulanan

Sebelum ini, Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff, Pengerusi NGO, Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) merangkap Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan ( PMUKM ) telah membuat satu dakwaan dengan menyiarkan pekeliling lengkap dari Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPAM ), telah mendapat reaksi yang positif dari kebanyakan mahasiswa seluruh Malaysia.
Surat Pekeliling JPA
Bahkan perkhabaran tersebut telah memberi pengharapan yang cukup besar kepada mahasiswa pendidikan dan bukan fakulti pendidikan yang akan, dan sedang menjalani latihan praktikal di seluruh Malaysia. Ekoran dari artikel tersebut, ramai yang tertanya-tanya bagaimana prosedur bagi mendapatkan elaun tersebut.

Perlu di fahamkan bahawa, surat pekeliling yang di siarkan oleh saudara Pengerusi tersebut bukan sekadar untuk mahasiswa Fakulti Pendidikan yang berpraktikal sahaja tetapi semua mahasiswa yang menjalani latihan amali di sektor kerajaan.

Sabtu, Mac 17, 2012

PMRAM : Bebaskan rakyat Syria dari kekejaman pemerintah zalim

SUDAH setahun berlalu revolusi di Syria yang dicetuskan pada Mac 2011. Kebangkitan rakyat yang pada mulanya itu atau dikenali sebagai revolusi kini bertukar menjadi penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat yang mahukan demokrasi dan keadilan kepada negara itu.

Kebangkitan mereka bagi melaksanakan tuntutan jihad yang paling besar iaitu seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ‘Jihad yang paling afdhal adalah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.’

Mereka bangkit setelah dizalimi lebih 40 tahun. Mereka bangkit demi menuntut sebuah kebebasan dan demokrasi. Keadilan dan hak seorang warganegara yang terlalu dinafikan hak terutama dalam soal politik dan pemerintahan.

Jumaat, Mac 16, 2012

FOMCA : Pemegang akaun berhak dapat Penyata Akaun Simpanan Bank secara percuma

PETALING JAYA 15 MAC : Semua pemegang akaun simpanan berhak untuk mendapatkan penyata akaun simpanan bank pada setiap bulan secara percuma, kata Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Datuk N. Marimuthu.

Beliau berkata penyata akaun simpanan perlu diberikan kepada pemegang akaun secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj disebabkan mereka telah membuka akaun simpanan dan melaburkan duit simpanan kepada pihak bank.

"Tidak wajar pihak bank mengenakan caj yang tidak relevan kepada pemegang akaun bagi mendapatkan penyata bulanan kerana ia penting untuk mereka mengetahui aliran keluar masuk wang di dalam akaun simpanan.

"Apa yang lebih mengejutkan adalah terdapat bank yang mengenakan caj RM2 hingga RM15 bagi setiap muka surat penyata bulanan sekiranya pemegang ingin mendapatkannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Hak Mendapatkan Penyata Simpanan Saya" di sini, Khamis.

KPDNKK sasar perkenal kad diskaun mahasiswa, MR1M di IPT

BANGI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT), dalam persidangan Gerakan Pengguna Siswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Menterinya terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 300 penuntut 70 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, kad itu bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.

Rabu, Mac 14, 2012

Buat semua ibu bapa, tolonglah...

Buat Semua Ibu Bapa Tolonglah, Tolonglah Hentikan Sikap Tidak Apa Ini...


Nurul Nadirah @ Dirang
KITA telah kehilangan Dirang dan sebelum itu pada tahun 2007 kita juga telah kehilangan Nurin Jazlin. Pada tahun 2008 kita kehilangan Sharlinie.

Tetapi tidak sepertimana arwah Dirang dan Nurin, sehingga ke saat ini Sharlinie tidak ditemui.

Hanya beberapa hari yang lalu juga, seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun (lelaki) hilang dari rumah tetapi bernasib baik ditemui sedang merayau-rayau di tengah-tengah pembahagi lebuh raya Kesas dan dia akhirnya kembali ke pangkuan ibu bapanya.

Kita hairan bagaimana ini boleh terjadi. Apakah rumah dibiarkan tidak berkunci sehingga seorang budak di bawah umur boleh keluar rumah seorang diri tanpa disedari?

Selasa, Mac 13, 2012

NST : 2-day water cut in KL and Selangor Read

KUALA LUMPUR, 13 March: ABOUT a million consumers in Selangor and here will face water supply disruption on March 14 and 15 because of maintenance at the Sungai Selangor Phase 1 water treatment plant.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) corporate affairs division executive director Abdul Halem Mat Som said the disruption would affect consumers 153 areas in Hulu Selangor, Petaling, here, Klang, Shah Alam and Kuala Langat.

"The water supply to those areas is expected to be disrupted for 36 hours, starting from 8am on March 14 to 8pm the following day," he said here yesterday.

Kerajaan Jepun tawar Biasiswa kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun dengan kerjasama Persatuan Siswazah Jepun Malaysia (Jagam) menawarkan biasiswa untuk kursus sarjana atau PhD bagi enrolmen April 2013.

Presiden Jagam, Phua Lee Kerk berkata rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun pada 1 April, 2013 dan pemegang ijazah dengan pendidikan formal selama 16 tahun atau mahasiswa tahun akhir di universiti masing-masing layak memohon.

Pemohon hendaklah mempastikan borang yang telah dipenuhi diserahkan sebelum 4 petang 30 Mac dan borang permohonan boleh dimuat turun dari www.jagam.org.my

Sepanjang tempoh biasiswa, penerima akan diberikan elaun bulanan kira-kira 143,000 yen sementara yuran dan tuisyen di universiti akan dikecualikan dan tiket pergi balik akan juga disediakan.

"Kami bangga dapat melaksanakan program ini dan dengan ikhlas menghargai komitmen Kerajaan Jepun terhadap pendidikan rakyat Malaysia," katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi JAGAM di 03-78774312

Isnin, Mac 12, 2012

YDPA perkenan rasmi Sidang Parlimen ke- 12, Penggal Kelima

KUALA LUMPUR 12 Mac - Sidang Parlimen ke-12 bagi sesi Mac-April telah selesai dirasmikan pada pagi ini oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Majlis yang penuh adat istiadat ini dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing selaku pemerhati.

Bersama-sama Tuanku Baginda, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang mencemar duli hadir buat kali pertama sejak pertabalan Baginda pada penghujung tahun lalu.

Ahad, Mac 11, 2012

UKM papar Ikon Negara di UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu mengeluarkan senarai nama kakitangan (pensyarah) yang menjadi Ikon Negara (National Icon) di UKM.

Hebahan tersebut telah dibuat melalui papan digital dan berita di laman sesawang rasmi UKM di www.ukm.my.

Nama-nama pensyarah tersebut dipilih berdasarkan perlantikan jawatan mereka di Majlis Profesor Negara (MPN) yang diumumkan April 2010.


Antara nama pensyarah tersebut; YBhg. Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin selaku Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara; YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali (Ketua Kluster Ekonomi & Kewangan) ,YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo (Ketua Kluster Sumber Asli & Alam Sekitar) dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Halimah binti Badioze Zaman (Ketua Kluster Teknologi Maklumat & Komunikasi).

Sabtu, Mac 10, 2012

Mahasiswa keliru isu PTPTN tidak selesai

Tinjauan Editor mendapati rata-rata mahasiswa masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh wakil Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) Khamis lalu.

Ini ekoran selesai pertemuan pada petang tersebut, masih ramai mahasiswa yang tampil ke Pejabat Urusan PMUKM meluahkan kekecewaan apabila pihak PTPTN seakan-akan hanya 'mengalihkan' masalah kepada pihak lain.

Ini menyebabkan mereka terpinga-pinga akan ke manakah nasib mereka hendak diajukan.

Jumaat, Mac 09, 2012

Senarai nama pelajar kelompok kedua PTPTN

Berikut merupakan senarai penuh nama pelajar yang bakal mendapat pembayaran pinjaman PTPTN bagi kelompok kedua.

Bayaran akan dibuat pada 17 April 2012 (Sabtu). Walaubagaimanapun, pembayaran bergantung kepada pengesahan yang akan diberikan oleh UKM dan tindakan pemulangan Dokumen Perjanjian Tambahan yang diselesaikan oleh para pelajar.

Tahniah kepada yang tersenarai!

Khamis, Mac 08, 2012

PTPTN keluarkan senarai pelajar dipulangkan RM 500

Terbaru Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mendapat beberapa buah perkhabaran gembira berkenaan isu wang pinjaman PTPTN yang bermasalah.

Perkara yang pertama, bagi pelajar UKM yang belum mendapat wang pinjaman iaitu siri kelompok kedua, pihak PTPTN mengesahkan duit akan dimasukkan pada hari Sabtu, 17 April 2012. Senarai nama 135 orang pelajar tersebut, akan dipaparkan di dalam blog ini dalam sedikit masa lagi bagi siri bayaran kelompok kedua.

Jumlah pelajar dan jumlah wang yang dikeluarkan khusus untuk UKM

MPP GMUKM bertemu mahasiswa FUU

MPP Fakulti Undang-Undang, saudari Phang Siew Chin @ Alexa semalam berkesempatan bersama-sama mahasiswa Fakulti Undang-Undang.



Siri penerangan isu PTPTN dapat sambutan

Sesi penerangan PMUKM berkenaan isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebentar tadi berlangsung dengan lancarnya.



Sesi dialog bersama PTPTN & Bendahari UKM petang ini


Sesi dialog PTPTN 'panas'

BANGI, 8 Mac - Petang tadi telah berlangsung sesi dialog di antara pegawai daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Bendahari UKM bersama mahasiswa UKM.

Pertemuan tersebut berlangsung kira-kira pukul 3.00 petang di Auditorium Siswa, bangunan Pusanika dengan kehadiran hampir 100 orang. Ini rentetan aduan mahasiswa-mahasiswi UKM berkaitan masalah pemotongan Wang Pendahuluan Pelajaran (WPP) yang dilaporkan oleh Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ke pejabat PTPTN awal minggu ini.

Rabu, Mac 07, 2012

Siri Penerangan PMUKM : Isu PTPTN & Hak Mahasiswa


Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) bakal mengadakan sesi penerangan berkaitan masalah pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) akan diadakan pada;

Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Sudut Pidato, Teres Ekoniaga berhampiran PTSL
Anjuran : Biro Kebajikan & Aduan, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) 

Selasa, Mac 06, 2012

JPA maklumkan kelewatan biasiswa

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mendapat makluman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan biasiswa JPA (bukan kursus kritikal) akan lewat dimasukkan ke dalam akaun pelajar.

Menurut surat yang ditujukan kepada Unit Kaunseling Jabatan Bendahari UKM, kelewatan tersebut disebabkan sistem SILA di Jabatan yang mengalami masalah teknikal semenjak minggu lalu. Rujuk lampiran di bawah.


Justeru itu pihak JPA mengharapkan para pelajar yang menghadapi masalah atau masih ada kemusykilan agar berhubung terus dengan pihak JPA di talian 03-88853377 (Puan Norliza) dan 03-88853399 (Puan Hanizal).


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Penjelasan pemotongan bayaran balik WPP


Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sebentar tadi menerima emel respon daripada wakil pegawai PTPTN berhubung penjelasan pemotongan RM 500 yang berlaku kepada segelintir mahasiswa UKM.

Menurut emel tersebut, pemotongan wang PTPTN yang dimasukkan pada semester ini tidak berlaku kepada semua pelajar, tetapi hanya beberapa pihak sahaja. Dan hal ini tidak seragam dan tiada kaitan dengan keputusan peperiksaan atau lain-lain.

Pemotongan RM 500 ini juga, menurut wakil tersebut harus difahami TIDAK SECARA BERKALA, maknanya ia mungkin dipotong pada semester 2,4, atau 5 atau 2,3 dan 4. Pemotongan ini mengikut perjanjian asal akan dipotong setelah 6 bulan pelajar mendapat pinjaman kali pertama.

Pendek kata, para pelajar harus menyemak dan mengetahui jumlah wang masuk sendiri, kerana jumlah yang masuk tidak sama dengan rakan yang lain.

Isnin, Mac 05, 2012

Presiden, NP III segera bawa isu mahasiswa ke PTPTN

KUALA LUMPUR, 6.45 ptg - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) melalui Presidennya, saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi bersama-sama Naib Presiden III (Kolej, Fakulti & Anak Negeri), saudara Mohd Faizal bin Ahmad sebentar tadi telah bertemu dengan pihak Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Pertemuan empat mata tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu yang sedang hangat dibicarakan masyarakat kampus UKM khususnya.

Pejabat PMUKM dihujani aduan isu PTPTN

BANGI, 5 Mac - Pejabat Urusan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) hari ini tidak putus-putus didatangi oleh para pelajar.

Ini berikutan masalah pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang menimpa khususnya di kalangan mahasiswa tahun 2.



Ada segelintir yang menyifatkan masalah PTPTN pada sesi kali ini bukan sekadar mengganggu 'mood' belajar di awal semester, tetapi sudah ada yang berkira-kira ingin menamatkan pinjaman PTPTN ini ekoran masalah sistem PTPTN yang 'mengelirukan' dan mendatangkan ragu-ragu (syubhah).

Ahad, Mac 04, 2012

Awal semester 2, PMUKM komited perjuang masalah PTPTN


BANGI, 3 Mac - Komited memperjuangkan hak mahasiswa, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) malam tadi telah mengadakan sesi dialog dan perjumpaan dengan para mahasiswa yang mengalami masalah berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN).

Sesi dialog yang berlangsung hampir satu jam setengah ini telah dikawalselia oleh saudara Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi dan dibantu oleh Timbalannya Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff; Mohamad Ezuan (Setiausaha Agung) dan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol.

Kehadiran yang pada awalnya dijangka tidak sampai 50 orang rupa-rupanya meleset apabila kehadiran pada malam tadi secara keseluruhannya hampir memenuhi Auditorium Siswa.

Sabtu, Mac 03, 2012

Perjumpaan isu kelewatan PTPTN

Makluman kepada para pelajar yang mengalami masalah PTPTN (pemotongan duit PTPTN yang diragui). Satu perjumpaan bersama Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) akan diadakan pada;

Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat : Aras 4, Pusanika UKM Bangi
Masa : 9.00 Malam

Sila bawa bersama salinan perincian hutang pengajian pelajar terkini.

Maklumat lanjut boleh diajukan kepada saudara Ezuan Mohd Saad (Setiausaha Agung PMUKM) di talian 019-3432430

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Khamis, Mac 01, 2012

PMUKM bersama JAKSA, PMF bincang isu kebajikan

29 Feb – Satu mesyuarat telah disusun oleh PMUKM di bawah portfolio Naib Presiden III (Kolej, Fakulti & Persatuan Anak Negeri) bersama-sama dengan JAKSA Kolej Kediaman dan wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) pada Rabu lalu.

Mesyuarat tersebut yang bermula kira-kira pukul 9.30 malam telah diadakan di Bilik Gerakan Hal Ehwal Pelajar UKM dan telah berjaya menghimpunkan hampir 20 orang wakil JAKSA dan PMF untuk bertukar-tukar pendapat dan perkembangan terkini di persatuan masing-masing

Broadcast.my : Varsity autonomy

Now that research universities have been given more control over their own affairs, the challenge is for the institutions to rise to the occasion.

WHEN it was first announced in 1995 that Universiti Malaya (UM) would be corporatised, it was said that the move will enable the varsity to compete in the marketplace.

Among the other objectives of the corporatisation effort was to ensure a better working environment and curb the exodus of experienced staff to more lucrative pastures.

UM was officially corporatised in 1998, amidst controversy over the remuneration packages for staff due to the economic situation then.

But going by comments reportedly made by UM vice-chancellor Tan Sri Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon recently, stating that the institution was plagued by “mediocrity” and has “never been good”, perhaps the corporatisation controversy was for naught.