PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Rabu, November 30, 2011

Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011

Sukacita dimaklumkan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama-sama dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK) mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONVENSYEN MAHASISWA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2011 pada 2 - 4 Disember 2011 (Jumaat-Ahad) ini dengan harapan dapat menjadi medan perkongsian ilmu pengetahuan sesama mahasiswa dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia.

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam mendepani persaingan abad ke-21 sejajar dengan transformasi pendidikan negara.

Justeru itu diharapkan melalui konvensyen ini bakal membentuk medium penyatuan mahasiswa dalam bidang Pendidikan daripada institusi pengajian tinggi (IPT) dan Institusi Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia seterusnya memberi ruang kepada mahasiswa bertukar-tukar fikiran serta melahirkan idea-idea untuk membuat satu resolusi bersama sebagai bakal guru seiring dengan pembangunan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju.

Selasa, November 29, 2011

Fantastic Legacy Youth (FLY) sudah tiba !

Satu program bercorakkan belia dan kepimpinan yang diberi nama Fantastic Legacy Youth (FLY)  bakal dianjurkan oleh Biro Kerohanian & Pembangunan Insan, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).

Ia dijadualkan berlangsung pada;
Tarikh : 9 - 11 Disember 2011 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat.

Pelbagai program dan aktiviti menarik telah disusun yang bakal menggamit seribu satu kenangan dan pengalaman buat mahasiswa-mahasiswi UKM.

Program ini terbuka buat semua mahasiswa-mahasiswi termasuk di kampus induk Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Tiada sebarang yuran akan dikenakan kepada para peserta.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Arrahum (013-3266976) atau Afifah (017-9037904).

Isnin, November 28, 2011

Sekretariat Pembangunan Siswi (SPS) - Medium suara siswi UKM

Pada mulanya, idea penubuhannya sekadar perbincangan spontan dengan rakan-rakan sekuliah beliau. Tetapi setelah ditimbang-tara dan dilihat praktikal mampu membawa suara mahasiswi secara konsisten dan bersifat kolektif, maka penubuhan SEKRETARIAT PEMBANGUNAN SISWI (SPS) dilihat wajar direalisasikan untuk kepentingan jangka masa panjang mahasiswi UKM.

Mungkin ada yang berpandangan, penubuhan SPS ini sekadar melengkapkan manifesto MPP Noraini bt Jumahir yang 'dicanangkan' semasa Pemilihan MPP 2011 namun bagi saudari Noraini sendiri, apa yang lebih penting melalui SPS ini bakal meningkatkan kredibiliti mahasiswi di mata masyarakat.

"(Melalui) personaliti dan kemahiran interpersonal yang mantap membuatkan (seseorang) siswi itu (dilihat) terkehadapan dan menjadi pilihan lebih-lebih lagi (di) bidang pekerjaan," ujar gadis manis berusia 21 tahun yang berasal dari Klang ini.

Ahad, November 27, 2011

Memo Penting Kolej Kediaman Bagi Sem 2 2011-2012

1. Pengesahan penginapan kolej kediaman bagi semester 2 sesi 2011/2012
- Sila buat pengesahan mulai 21 hingga 28 November 2011
- Selepas tarikh ini, anda akan dikenakan denda sebanyak RM 25.00 kerana lewat membuat pengesahan.
- Pengesahan hendaklah melalui web : http://www.ukm.my/upp
- Pendaftaran masuk kolej mulai 19 Februari 2011

2. Permohonan baru penginapan kolej kediaman semester 2 sesi 2011/201
- Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila buat permohonan melalui web secara dalam talian (on-line) http://www.ukm.my/upp mulai 1 hingga 31 Disember 2011.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui SMS sebelum semester 2 dibuka.

3. Makluman tarikh akhir penginapan kolej kediaman dan permohonan penginapan luar semester 1 sesi 2011/2012
- Tarikh akhir mengosongkan bilik pada 20 Januari 2012
- Permohonan penginapan luar semester (sem.5) adalah secara talian (on-line) http://www.ukm.my/upp mulai 1 hingga 15 Januari 2012.

BERNAMA : Teksi Wanita mula beroperasi di Lembah Klang hari ini

KUALA LUMPUR: Kegelisahan penumpang teksi wanita berhubung keselamatan mereka kini berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kei berkata fasa perintis projek itu, dengan kerjasama ABEX Manufacturing Sdn Bhd, akan menyasarkan 400 teksi beroperasi secara 'on-call' di sekitar Lembah Klang secara berperingkat.

"Setakat ini, kami telah ada 50 pemandu teksi wanita dan kita menggalakkan mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini, terutama suri rumah, ibu tunggal dan pesara," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini.

Beliau berkata teksi itu akan dipandu oleh wanita dan bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar.

Sabtu, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

KENYATAAN RASMI : Salam Maal Hijrah 1433 H
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Assalamu'alaikum wbt dan salam Maal Hijrah 1433 H.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana memberi kesempatan kita menjejak memasuki tahun baru Hijrah, 1433 pada saat ini.

Sewajarnya Hijrah bukan sekadar disambut sebagai rutin mengenang kembali peristiwa hijrah baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dari kota Makkah ke Madinah al-Munawarah oleh umat Islam saban tahun; tetapi rasionalnya kita perlu menilai dan menghayati hikmah yang tersirat dan dipancarkan melalui pengertian penghijrahan itu sendiri.

Di atas kapasiti sebagai seorang mahasiswa, juga seharusnya kita mengambil ibrah (pengajaran) dan semangat daripada peristiwa tersebut dengan kita lebih bermotivasi bergerak menjadi lebih cemerlang daripada sebelum ini.
Seandainya sebelum ini kita kurang rajin, maka selepas memasuki 1433 H ini sewajarnya kita menjadi lebih rajin. Seandainya sebelum ini kita bersikap culas, maka selepas memasuki 1433 H ini sewajarnya kita menjadi lebih prihatin dan menjadi aset berguna buat bangsa dan agama. Selari dengan kata-kata, "jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Dan hari esok lebih baik daripada hari ini."

Akhir kalam, renungi pengertian hadis berikut. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.

Selamat menyambut 1433 Hijrah.

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Ber-GM Lebih Baik!

7 keajaiban di Malaysia


MENYENTUH isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina 'ajaib'.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

Hanya 3.2% hasil R&D IPTA dikomersialkan - Timb. Menteri

KUALA LUMPUR, 14 Nov. – Hanya 3.2 peratus daripada hasil aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dikomersialkan tahun lepas dengan penjanaan pendapatan sebanyak RM7.6 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung menjelaskan terdapat projek R&D asas yang memakan masa untuk matang sebelum ia dapat dikomersialkan yang memerlukan tambahan penyelidikan dalam bentuk prototaip dan sebagainya sebelum berjaya menjadi produk untuk dikomersialkan.

Justeru, katanya kerajaan menyasarkan prestasi pengkomersialan hasil R&D dapat meningkat kepada empat peratus tahun ini dan lima peratus menjelang tahun 2015.

Jumaat, November 25, 2011

Utusan : Seksyen 15 AUKU hangat dalam perdebatan 211 jam tanpa henti


SHAH ALAM 25 Nov. - Cadangan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik, turut hangat didebat pada Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) di Anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Pendebat dari Fakulti Undang-undang UiTM pada sidang enam menyentuh isu pro dan kontra usul bertajuk Perlembagaan Kita Masih Dijunjung dalam suasana yang cukup demokratik, sejajar dengan format debat yang membenarkan semua 'Yang Berhormat' daripada wakil kerajaan dan pembangkang membentangkan hujah mereka.

132,801 Peminjam PTPTN Disenaraihitam

KUALA LUMPUR -  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersifat fleksibel dalam menjalankan prosedur tuntutan semula pinjaman mereka supaya tidak menyusahkan para peminjam.

Ia termasuk dengan mengeluarkan empat notis peringatan iaitu notis tuntutan, notis peringatan pertama, notis peringatan kedua dan notis peringatan terakhir terlebih dahulu sebelum surat saman dikeluarkan pihak mahkamah.

Justeru, mana-mana nama peminjam PTPTN yang disenarai hitamkan adalah ekoran sikap peminjam itu sendiri yang tidak mengambil peduli terhadap amaran yang dikeluarkan kepada mereka selama ini.

AUKU : Utamakan intipati, tolak retorikal

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) berpandangan pengumuman pihak kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU perlu dibuktikan dengan komitmen segera pihak kerajaan meminda dan melaksanakannya beroritentasikan keperluan yang diingini mahasiswa, berbanding sekadar beretorik untuk 'menyedapkan hati' sahaja.

Presiden PMUKM, Lt M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi menegaskan, “Kita menyambut baik (pengumuman) kenyataan itu (pindaan AUKU). Apa pun, pihak kerajaan harus komited, jujur dan telus dalam (perlaksanaan) pemindaan tersebut. (Walaubagaimanapun) Buat masa ini, saya optimis dengan kenyataan Datuk Seri Najib (Perdana Menteri) tersebut.

Kita harap hal ini (pindaan AUKU) tidak hanya (manis) di bibir sahaja; dalam tempoh 2-3 bulan akan datang. Adalah mengecewakan (dan tidak bermakna sekiranya) kenyataan tersebut hanya sekadar kempen (menjelang) Pilihanraya (Umum) akan datang."

Cybersecurity: Berhati-hati kongsi maklumat peribadi

KUALA LUMPUR, 24 Nov. - CyberSecurity Malaysia hari ini menasihatkan para pembeli-belah dalam talian agar berhati-hati apabila berkongsi maklumat memandangkan serangan keselamatan siber kini kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Prof Datuk Husin Jazri berkata antara Januari dan Ogos, sejumlah 13,173 jenayah siber seperti penipuan, komplot dan cubaan pencerobohan terhadap pengguna internet telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia.

"Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, kami hanya menerima 6,206 insiden yang bermakna jenayah telah meningkat 112 peratus tahun ini," katanya dalam taklimat media bersama mengenai Keselamatan Beli-belah Dalam Talian dan Mudah Alih dengan PayPal.

Husin berkata kes-kes penipuan ialah penyumbang utama kepada jenayah siber yang menguasai 35 peratus atau 4,574 kes, sementara penipuan pembelian dalam talian 12 peratus atau 565 insiden dari Januari hingga Oktober.

Khamis, November 24, 2011

Laporan Kebajikan MPP FKAB Tahun 3/4

Pada 17 November jam 10 pagi, MPP FKAB 3&4 yang juga merupakan Naib Presiden III PMUKM iaitu Mohd Faizal bin Ahmad bersama Naib Presiden II PMUKM Muslimah Binti Marsi dan YDP PEMATRA Muhammad Fakhry Bin Md Jaffary telah membuat satu perjumpaan dan perbincangan dengan Timbalan Dekan  Prasiswazah Dan Alumni FKAB iaitu Prof.Ir.Dr. Mohd Sobri Takrif berkaitan isu kebajikan sekitar fakulti.

Perkara yang dibincangkan termasuklah perlaksanaan manifesto MPP Mohd Faizal Bin Ahmad. Berikut adalah perincian bagi perkara-perkara yang dibincangkan.

Siswi Mantap, Pasti Tersentap !


Satu pertemuan antara Exco Hal Ehwal Siswi JAKSA Kolej dan Persatuan UKM bersama MPP siswi PMUKM telah diadakan di Bilik Gerakan HEP pada jam 8.30 malam semalam.

Pertemuan ini diadakan atas kesedaran bahawa semua pimpinan siswi di setiap peringkat kawasan perlu bersemuka untuk membincangkan mengenai permasalahan siswi yang merupakan satu perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Malahan, sejak akhir-akhir ini, pelbagai insiden berlaku yang melibatkan siswi seperti kemalangan, kes-kes gangguan dan sebagainya.

Satu pertemuan yang cukup santai memandangkan sesama siswi sahaja menjadikan suasana mesyuarat cukup meriah. Hubungan yang baik dapat dijalinkan antara semua wakil siswi baik dari peringkat kolej, anak negeri, persatuan mahasiswa fakulti serta juga dari persatuan mahasiswa Islam yang lebih dikenali sebagai Ikatan Studi Islam (ISIUKM). 


MPP FST terus komited bawa agenda kebajikan mahasiswa


Bangi, 23 November- Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi terus komited meneruskan agenda kebajikan mahasiswa. Terbaru MPP FST yang di wakili oleh Saudari Nor Amalina Sazali, Saudari Aida Rahayu, dan juga Saudari Noraini Jumahir telah mengadakan program 'Sehari Bersama MPP FST'. 

Turut sama di dalam program khas ini adalah saudara Arif Misrol, Speaker PMUKM dan Timbalan Dekan Fakulti Sains & Teknologi , Prof Dr Shahidan bin Radiman. 

Program ramah mesra bersama warga FST ini diadakan untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan hal-hal kebajikan pelajar FST, bertepatan dengan manifesto yang telah dilaungkan oleh MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin,yang tidak dapat bersama-sama disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Rabu, November 23, 2011

PMUKM @ Speaker Corner



MPP berentap di Speaker Corner!

Tarikh : 24 November 2011 (Khamis)
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Sudut Pidato, Teres Ekoniaga
Tajuk : Penempatan Guru - Cabaran & Peluang

Jom beramai-ramai hadir tanda prihatin!


SAYA MAHASISWA PRIHATIN

Mahasiswa Perlu Pandai Menilai – Muhyiddin

Putrajaya, 22 Nov : Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya suasana harmoni di universiti dapat diwujudkan dengan adanya sikap kebertanggungjawaban di kalangan para mahasiswa itu sendiri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Perlembagaan negara menjamin kebebasan setiap warganegara termasuk mahasiswa untuk berpersatuan dan bersuara tetapi ia seharusnya diiringi dengan kesedaran serta tanggungjawab mereka bagi mewujudkan suasana yang kondusif kepada perkembangan keilmuan dan kesarjanaan universiti.

Beliau berkata, kebebasan tersebut juga perlu dipastikan dapat menyokong perkembangan intelektual dan sahsiah para mahasiswa secara seimbang sepanjang pengajian mereka.

Selasa, November 22, 2011

Presiden ketuai PMUKM hadir MPPK

PUTRAJAYA, 22 Nov - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah menghantar saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi dan Mohd Idrul Daud menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil. 2/2011 hujung minggu lalu.


Program sebelum bermulanya Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) itu telah berlangsung pada 19 November sehingga 20 November 2011 di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan. Pra-MPPK ini disertai lebih 30 IPT yang menghimpunkan Majlis Perwakilan Pelajar daripada IPT seluruh Malaysia dan ia bertujuan sebagai persediaan untuk mesyuarat MPPK Bil. 2/2011.

PTPTN tidak paksa peminjam belum bekerja bayar - Timb. Menteri

KUALA LUMPUR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan memaksa peminjam yang belum mendapat pekerjaan membuat pembayaran balik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kerajaan sentiasa sedaya upaya untuk membantu pelajar bagi mendapatkan bantuan kewangan, malah kita juga bermurah hati untuk membantu mereka sekiranya mereka belum mendapat pekerjaan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai pendirian kerajaan terhadap peminjam yang belum mendapat pekerjaan.

PMUKM : Syabas Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Ke-26

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak negara Bawah 23 tahun yang berjaya menewaskan pasukan Indonesia yang juga merupakan tuan rumah bagi Sukan SEA XXVI kali ini.

Perlawanan yang berakhir dengan berkesudahan 4-3 melalui penentuan sepakan penalti yang disudahkan oleh ketua pasukan Baddrol Bakhtiar,23 menewaskan Kurnia Meiga Hermansyah sesudah penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan tendangan pemain Indonesia sebelum itu.

Isnin, November 21, 2011

PMUKM : 'Selamat Berjaya' kepada finalis bola sepak


Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengucapkan selamat berjaya kepada skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara yang bakal menghadapi perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA dengan tuan rumah ke-26, Indonesia.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, pada pukul 8.30 malam nanti dijangka sekali lagi dihangatkan dengan kehadiran hampir 100,000 penyokong pasukan masing-masing. Ini kerana perlawanan akhir ini seolah-olah 'perlawanan semula' selepas skuad Malaysia menewaskan pasukan tuan rumah pada perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari.

Sebagai tersenarai antara pasukan terbaik di Asia Tenggara, pastinya kedua-dua pasukan ingin memperlihatkan aksi yang lebih bertenaga terutama skuad Malaysia selaku penyandang pingat emas bola sepak Sukan SEA yang lalu.

Walaubagaimanapun, berdasarkan kelebihan di tempat sendiri dan 'dendam' ditewaskan pada peringkat kumpulan, pasukan Indonesia dijangka akan lebih mempamerkan semangat dan daya juang bermati-matian dengan menggunakan segala kelebihan yang ada demi memastikan kemenangan berpihak pada mereka.

Apa pun di peringkat mahasiswa, PMUKM mengharapkan kedua-dua pasukan bakal mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi semasa perlawanan akhir nanti.



BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Ahad, November 20, 2011

Pendaftaran Kursus Awal Semester 2 dan Penilaian Pengajaran Kursus Semester 1, Sesi Akademik 2011-2012

Dimaklumkan Bahagian Pengurusan Akademik telah mengeluarkan Pekeliling No.31/2011 berkenaan Pendaftaran Kursus Awal Semester 2 dan Penilaian Pengajaran Kursus Semester 1, Sesi Akademik 2011-2012.

Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2011-2012 akan diadakan pada 12 Disember 2011 - 8 Januari 2012 (4 minggu) melalui laman web http://ukm.my/smpweb.

Sebelum Pendaftaran Awal dibuat, rakan-rakan disyaratkan;
a) membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web http://smp.ukm.my/sppk

b) menjelaskan bayaran semua yuran/hutang tertunggak. Sebarang masalah, sila berjumpa dengan Bahagian Kewangan Pelajar.

Maklumat lanjut, sila rujuk lampiran berikut.


Sabtu, November 19, 2011

Dunia teknologi, manusia makin kurang sosial

KETIKA teknologi manusia masih kuno, pergerakan mereka daripada satu tempat ke satu tempat amat lambat. Kenderaan yang perlahan kerana menggunakan tenaga binatang kemudiannya dipercepatkan dengan tenaga enjin. Tugas memasak bagi suri rumah yang mengambil masa begitu lama dengan menggunakan kayu api, dipermudahkan dengan penggunaan dapur minyak tanah, kemudian dapur gas dan kini memasak diperlekaskan dengan penggunaan oven gelombang mikro.

Kerja-kerja di pejabat yang pada asasnya menggunakan mesin taip yang lambat sudah diganti dengan menggunakan komputer. Salinan dokumen yang pada asalnya menggunakan kertas karbon yang boleh membuat paling banyak tiga salinan terang, dengan mudah sahaja digandakan kepada beratus-ratus helai melalui mesin fotostat.

Kehidupan seharian manusia yang perlahan itu dipercepatkan dengan kemodenan pengangkutan. Penggunaan barangan seharian konsumer dan peralatan pejabat pula diperkemas menggunakan elektrik. Mesin dan jentera besar pula menggunakan kuasa enjin bagi memudahkan manusia menyudahkan urusan dalam masa yang lebih pantas daripada biasa.


Perkembangan Manifesto MPP FPI

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa/i FPI.Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi FPI yang membantu gerak kerja Majlis perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPP FPI).

Pemberitahuan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada seluruh mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam (FPI),berkenaan manifesto Majlis Perwakilan Mahasiswa FPI yang lepas iaitu penyediaan water cooler dan juga mesin fotostat di FPI. Pemberitahuan ini juga bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seluruh mahasiswa/i FPI berkenaan manifesto tersebut.

Untuk pengetahuan seluruh mahasiswa/i FPI,selepas pilihanraya kampus yang lepas,saya telah menghantar surat permohonan untuk menyediakan water cooler dan mesin fotostat di FPI.Setelah dibincang perkara ini oleh pihak pentadbiran FPI,maka permohonan tersebut diluluskan.(Lihat surat kelulusan di lampiran)

Coming Soon : Career Briefing Organised by Faizal, MPP FKAB


On the coming 28th of November 2011, a Career Briefing would be held in Faculty of Engineering and Build Environment at 5.00 p.m in DK 4. PMUKM with the cooperation of Students Society of Faculty of Engineering and Build Environment (PEMATRA) will be organizing this briefing session. The main objective of this briefing is to improve the image and personality of UKM students with the guidance to choose the right job and to prepare well for the interview. Basically, a career briefing is to inspire fresh look of recently graduating students. This briefing will help them to navigate issues and make career choices which have a positive impact on society.

The briefing would be conducted by a representative from JobAdvisors, En. Mokhtar. JobAdisors is an organization that provides advice and guidance for university students who will be graduating soon so that they get a clear exposure on how to apply for the right job and prepare well for an interview. In this session, they focus on giving the students a clear picture on how to choose the best company from the various choices that we have in the market. Hands on guidance will be provided to click the right link to get a right job from online searching. Therefore, students are required to bring their laptop along for the briefing session. Besides, complete cover letter and resume writing would be short brief interview to prepare a graduate that could tackle the examiner and make an easy way for fresh communication with the company representative in the future.

This briefing is an effort of student representative council of Faculty of Engineering and Build Environment, Mohd Faizal Ahmad as stated in his manifestos which are to support our university’s philosophy by integrating academic culture in FKAB and create industrial link and relationship with other universities in engineering field. It is hoped that all UKM students’ especially the final years grab this opportunity to improve themselves to face the career world after graduating.

Mohd Faizal Bin Ahmad
Student Union Council 3&4 FKAB
Vice President III PMUKM

Kenapa IPT dan belia patut sertai Debat 211 jam UiTM ?


DEBAT merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mempertajamkan kemahiran berucap seterusnya memperkukuhkan kualiti seseorang pemimpin. Tidak hairanlah kemahiran berdebat ini dipupuk sejak dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat universiti.

Kelab-kelab debat telah ditubuhkan dalam berbagai bahasa seperti kelab debat bahasa Melayu, kelab debat bahasa Inggeris, kelab debat bahasa Arab dan sebagainya.

Aktiviti utamanya adalah mengadakan latihan perdebatan dan mengenal pasti pendebat terbaik untuk dipilih menyertai sesuatu pertandingan.

Jumaat, November 18, 2011

Perincian : Perkhidmatan Kabel LAN Kolej Disambung Semula

Khabar berita dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM) melalui makluman perkhidmatan rangkaian kolej dibuka semula (ewarga/bul/bil.18112011-67) merupakan berita gembira buat mahasiswa yang mengalami akses internet di 6 buah kolej iaitu Kolej Ungku Omar, Kolej Dato Onn, Kolej Hussien Onn, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakub.

Sebelum ini, PMUKM ketika mesyuarat bersama YBhg TNC HEPA  Ir. Dr Othman A. Karim pada 4 Oktober 2011, MPP Aida Rahayu telah membangkitkan isu perkhidmatan kabel LAN yang dihentikan menyebabkan masalah akses UKM Jaring bertambah teruk. MPP Wilfred juga mengadukan perkhidmatan UKM Jaring kepada mahasiswa yang mengecewakan. 

Pengumuman Penting !

1. [e-Warga] Pemberitahuan Penyambungan Semula Perkhidmatan Rangkaian Pelajar di Kolej-Kolej

Dimaklumkan bahawa PTM sedang dalam usaha untuk menyambung semula perkhidmatan rangkaian pelajar di kolej-kolej kediaman melibatkan 6 kolej di UKM iaitu: Kolej Ungku Omar, Kolej Dato Onn, Kolej Hussien Onn, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakub.


Pengoperasian sepenuhnya dijangka akan dibuka secara berperingkat mengikut kolej mulai minggu kedua Disember 2011.

Pelajar di kolej tersebut diminta emelkan maklumat berikut :

1) No Matrik pelajar
2) Katalaluan yang dikehendaki

kepada rangkaian@ptm.ukm.my dengan Subjek:Pendaftaran ID Kolej<>No Matrik

(ewarga/bul/bil.18112011-67)


2. [e-Pelajar] Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2011/2012


Sila buat pengesahan penginapan kolej kediamaan mulai 21 Hingga 28 November 2011. Selepas tarikh ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM 25.00 kerana lewat membuat pengesahan. Pengesahan hendaklah melalui web : http://www.ukm.my/upp

Pendaftaran masuk kolej mulai 20 Februari 2012

(epelajar/bul/bil.16112011-16)


3. [Pekeliling Akademik] Perlaksanaan Kajian My3S untuk pelajar tahun satu IPTA

Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan perlaksanaan Kajian Malaysia Soft Skills Scale (My3S) kepada pelajar tahun satu yang mengambil Ijazah Sarjana Muda seluruh IPTA.

Sukacita dimaklumkan semua pelajar tahun 1 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diiminta membuat penilaian Instrumen Soft Skill Scale menerusi talian (online) melalui laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s mulai 17 November sehingga 11 Disember 2011.

PEKELILING AKADEMIK BIL 32/2011
No. Surat: UKM(S)3.2.25/111/60

第七届 《佛光普照》孝亲感恩夜 Pesta Ullambana UKM 2011

第七届 《佛光普照》孝亲感恩夜
日期 :23/11/2011
时间 :7.30pm
地点 :Dewan Anuwar Mahmud


Pesta Ullambana UKM 2011
Tarikh:23/11/2011
Masa:7:30pm
Tempat: Dewan Anuwar Mahmud
Tema: "Environmental and Spiritual Preservation"
Anjuran: UKM Gandha Buddhist Society dengan kerjasama PMUKM, Biro Sukan dan Kebudayaan
Program: Persembahan 24 season drums, Penyanyi tempatan-Pei Jie, Sketch, Pameran

Rakan-rakan dijemput hadir bagi menjayakan Pesta Ullambana UKM 2011



BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Khamis, November 17, 2011

Siri Jelajah Mesra PMUKM Ke Kampus Cheras & Kuala Lumpur


Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) terus mendekati rakan-rakan mahasiswa dalam membawakan paksi kebajikan, keintelektualan, kepimpinan integriti dan keadilan sosial.

Terbaru, program jelajah mesra PMUKM mendekati rakan-rakan di Kampus Cheras (Perubatan) dan Kuala Lumpur. Program yang diadakan dengan kerjasama MPP di Kampus Kuala Lumpur dan Fakulti Perubatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kepimpinan PMUKM dan rakan-rakan mahasiswa dari segenap lokasi dan generasi.

Rabu, November 16, 2011

Mahasiswa HUKM Terima Biasiswa JPA Esok

Pada 15 November 2011, MPP Idrul Daud, Pengerusi Biro Akademik dan Keintelektualan merangkap MPP HUKM ditemani Timbalan Presiden PMUKM, MPP Mohammad Abdullah Muhammad Yusoff berkesempatan ke JPA di Putrajaya.

Tujuan ke JPA adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung masalah kelewatan kemasukan wang biasiswa JPA kepada mahasiswa UKM kampus Cheras. Setelah berbincang panjang lebar dengan pegawai JPA, pihak JPA bersetuju untuk memasukkan wang biasiswa pada 17 November 2011.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku pada tahun-tahun akan datang, kedua-dua MPP ini bersetuju untuk menjemput pihak JPA ke UKM untuk berdialog dengan pelajar UKM Bangi dan juga kampus Cheras. Diharapkan isu ini diterangkan kepada semua mahasiswa kenapa berlaku kelewatan ini. Dalam perkara ini kita tidak mahu menuding jari siapa betul dan salah, tetapi MAHU PERKARA YANG SAMA TIDAK BERLAKU LAGI TAHUN-TAHUN MENDATANG.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Selasa, November 15, 2011

ISIUKM : Bagaimana Sistem Ekonomi Kapitalis Akan Hancur?

Umum mengetahui, kebangkitan rakyat Amerika mutakhir ini yang digelar dengan gerakan Occupy Wall Street berkait rapat dengan kebosanan dan kemuakan rakyat Amerika terhadap sistem ekonomi negara Uncle Sam itu yang cuma mengenyangkan perut para golongan elit dan menindas pekerja bawahan secara berterusan.

Kebangkitan mereka disuntik dengan semangat bahawa ekonomi negara adalah milik rakyat, bukan menjadi harta kekal kepada beberapa golongan elit yang memegang kepentingan dalam pentadbiran Amerika. Malah, ini menjadi titik tolak kepada kesedaran bahawa sistem ekonomi yang di gunapakai oleh Amerika dan hampir keseluruhan dunia pada masa ini iaitu sistem ekonomi Kapitalis nyata gagal untuk membuktikan bahawa itulah sistem ekonomi terbaik yang pernah dicipta oleh manusia.

Beri Perhatian Kepada Mahasiswa OKU

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini. 80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun.Jika 10 peratus seperti yang di laporkan oleh PBB,Malaysia mempunyai penduduk sekitar 28juta, maka jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU  yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Yakni 10% daripada anggaran penduduk OKU ( 2.8 juta ) di negara kita.

Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan golongan kurang upaya di malaysia sehingga diberi pengiktiraf golongan minoriti OKU dalam bentuk jaminan hak yakni akta OKU 2008. Akta tersebut telah dibentangkan oleh Allahyarham Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Bin Md.Salleh dan di wartakan pada 24 januari 2008. selain daripada wujudnya akta OKU 2008, kerajaan juga dilihat bersungguh dalam membantu golongan minoriti ini, yakni dengan memperkenalkan dasar 1% pengambilan golongan OKU bekerja di bidang kerajaan dan banyak usaha murni terhadap golongan kurang upaya di malaysia.

Selaku Presiden kelab mahasiswa istimewa UKM, saya mengharapkan dasar-dasar yang di perkenalkan oleh pihak kerajaan ini dipatuhi semampu mungkin oleh semua pihak. Dalam akta OKU 2008, bahagian IV dinyatakan tentang jaminan PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA. Dibawah perkara tersebut di tekankan tentang Kebolehaksesan kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam. Akses kepada kepada kemudahan pengangkutan awam. Akses kepada pendidikan. Akses kepada pekerjaan. Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi. Akses kepada kehidupan berbudaya. Akses kepada rekreasi, santai dan sukan.

Mahasiswa UKM diajak hayati tangisan Gaza


Ke arah melahirkan mahasiswa yang prihatin, PMUKM di bawah Pengerusi Biro Kerohanian & Pembangunan Insan iaitu MPP Wan Ahmad Fahmi dan Pengerusi Biro Siswazah & Pengantarabangsaan iaitu MPP Abdul Musyrif telah menganjurkan program GAZA MENANGIS pada 14 November 2011 di Masjid UKM pada 7.30 malam.

Program ini dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pusat Islam UKM. MAPIM merupakan badan bukan kerajaan yang mengusahakan projek membina Masjid dan Hospital di Palestin. Penceramah yang dijemput adalah Tn Hj Abdul Aziz (Penyelaras MAPIM Selangor), Muhammad Ishak (pelajar PhD UKM, berasal dari Palestin) dan Muhammad Hasnan (Aktivis dari Palestin).


Kertas Kerja " Pembinaan Negara Bangsa: Bagaimanakah peranan Ekonomi? "


TAJUK ISU KERTAS KERJA: 
Pembinaan Negara Bangsa: Bagaimanakah peranan Ekonomi?

DISEDIAKAN OLEH: 
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2010/2011

DISAMPAIKAN OLEH :
Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi
______________________________________________________________

Isnin, November 14, 2011

Nama UKM Harum di Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011


Seramai 21 orang perwakilan UKM yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains, Sosial & Kemanusiaan (PMFSSK), Ikatan Studi Islam UKM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK), Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) dan Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) telah ke Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT (KPPIPT) di UTM Johor Bahru pada 10-13 November 2011 yang bertemakan "Membina Negara Bangsa".

Delegasi dari UKM diketuai oleh Presiden PMUKM sendiri iaitu Lt M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi. Selama 4 hari di UTM diisikan dengan 3 buah forum dan sidang meja bulat bersama ilmuwan dan pemimpin negara serta rakan-rakan pimpinan mahasiswa IPTA/IPTS. Selain UKM, IPTA yang turut menghantar perwakilan ke konvensyen ini adalah UM, UIA, USM, UPM, UUM, UPNM, UMP, UNIMAP, UNIMAS manakala IPTS pula Masterskill, Kolej Yayasan Melaka, Binary College, UNITEN, dan Kolej Shah Putra.

Presiden PMUKM, Lt M Ahmad Muzzammil semasa sesi pembentangan
Sdr. Izzat Fathi membentangkan kertas kerja bertajuk "Negara bangsa, Satu Analis

Selamat berjaya buat calon SPM 2011

Assalamu'alaikum dan salam ikhlas penuh ukhwah.

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengucapkan selamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 kepada semua 468,808 orang calon termasuk 29,213 orang calon persendirian yang menjalani peperiksaan SPM bermula hari ini (14 November 2011) sehingga 14 Disember 2012 di 3,533 buah pusat peperiksaan.

Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon, bagi pihak Presiden dan seluruh ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011 kepada adik-adik yang bakal menjalani kertas pertama peperiksaan SPM iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual pada pagi ini.


Kami mendoakan sepanjang musim peperiksaan ini agar mudah-mudahan kalian akan dilapangkan dada dan diberikan ilham, juga dimudahkan urusan menjawab soalan dan membuat persediaan di hari-hari peperiksaan ini.

Kejayaan anda adalah harapan semua rakyat Malaysia. Kalian merupakan harapan negara dan pewaris generasi umat ini, maka teruskanlah tradisi kecemerlangan kalian sehingga menjejakkan kaki ke menara gading ini; khususnya di Universiti Kebangsaan Islam, kiranya diizinkan-Nya.

Perbanyakkan doa, di samping sikap bermaaf-maafan di kalangan rakan-rakan dan guru-guru di samping paling penting memohon berbanyak restu daripada ibu bapa dan penjaga.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Disediakan oleh,
Biro Informasi & Penerangan
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)
http://pm-ukm.blogspot.com

Ahad, November 13, 2011

Sultan Muhammad V prihatin dunia akademik

KOTA BHARU, 13 Nov: Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri yang dizahirkan pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri 2011 di Istana Balai Besar semalam bukan saja menggambarkan sikap Sultan Muhammad V dalam memayungi rakyat jelata, bahkan pengurniaan itu adalah sebagai pengiktirafan baginda kepada dunia akademik dan warga univsersiti umumnya.

Ini kerana pada istiadat penzahiran penerimaan ketandaan darjah kebesaran itu terdapat golongan pakar, ahli akademik dan pensyarah universiti turut menerimanya.

Dan itu menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan akademik di negara kita,” kata Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (gambar).


Hari Menghargai Pelanggan Perpustakaan UKM 2011


Semua dijemput hadir ke HARI MENGHARGAI PELANGGAN PERPUSTAKAAN UKM pada pukul 9.00 pagi - 4.30 petang

15 Nov. 2011 (Selasa) 
- Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)

16 Nov. 2011 (Rabu)
- Perpustakaan Alam & Tamadun Melayu (ATMA)
- Perpustakaan Undang-Undang, FUU
- Perpustakaan Dr. Abdul Latif, Kuala Lumpur


Sumber : Blog Perpustakaan Dr. Abdul Latif

Dr MAZA : Hak Wanita - Antara Hukum Tuhan dan Pelaksanaan Insan


Oleh : Dr MAZA

Islam telah mencatatkan di dada sejarah bahawa dirinya adalah pembela agung wanita yang tiada tolok bandingnya. Sebelum kedatangan Islam, hak-hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan dalam wajah yang lengkap. 

Jikapun ada pembelaan hak mereka adalah atas ihsan dan simpati lelaki semata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai.

Dalam masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya dari lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. 

Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita adalah lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup.

Sabtu, November 12, 2011

PMUKM : Selamat kembali ke kampus !

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011 mengucapkan selamat kembali ke kampus buat semua rakan mahasiswa UKM kampus Bangi, Cheras & Kuala Lumpur.


Menyahut seruan Presiden PMUKM, Lt M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi di dalam Perutusan Presiden beliau sebelum bercuti tempoh hari, PMUKM menyeru rakan-rakan meningkatkan usaha dalam peperiksaan pertengahan semester yang masih lagi berbaki untuk kita sama-sama memburu mendapatkan 'carry mark' sebanyak mungkin.

Teruskan juga langkah kita terus 'menggali' seribu satu pelajaran di bumi perbukitan ilmu ini. Semoga penat lelah yang kita curahkan hari ini bakal beroleh manfaat di kemudian hari.


. : BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI : .

Kecurian di KTSN

Daripada :
Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib
Pengetua Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
UKM Kampus Kuala Lumpur

Saya telah berbincang dengan pihak Unit Keselamatan mengenai kes kecurian yang berleluasa di KTSN 1. Hasil siasatan dan lawatan kawasan mendapati:

1. Pagar sempadan BERNAMA dan Perpustakaan Negara dan KTSN telah dipotong dawainya dan rosak.

2. Tembok sempadan antara Perpustakaan Negara dan KTSN tidak ada deduri tajam, memudahkan penceroboh masuk ke dalam kawasan KTSN.

3. Pelajar tidak menutup pintu dan tingkap ketika tiada di bilik atau sedang tidur. Ada yg mengatakan pintu dan tingkap rosak, aduan telah dibuat tetapi tidak ada tindakan.