Jumaat, November 04, 2011

Seksualiti Merdeka : Kenapa sekarang ?

Sekali lagi negara tercinta kita digemparkan lagi dengan satu program yang diberi nama 'Seksualiti Merdeka 2011' yang dijadualkan berlangsung di The Annaxe Gallery.

Dengan tema 'queer without feer' ia dipromosikan melalui laman web kononnya untuk memperkasa (empowerment) hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar dihormati dan diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Sehingga hari ini pelbagai pihak telah tampil untuk membuat laporan polis berkenaan penganjuran program tersebut.

Namun di sebalik perihal ia dihebohkan hari ini, masih ramai tidak mengetahui bahawa penganjuran Seksualiti Merdeka telah bermula sejak tahun 2008 lagi.

Malahan, salah seorang anak tokoh pemimpin negara juga mengaku merasmikan program tersebut beberapa tahun yang lalu, selain Ambiga Sreenevasan tahun ini.



Kelemahan Undang-Undang
Kami ingin menegaskan sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia berhak untuk meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukkan Perlembagaan. Ia tidak boleh dilihat sebagai suatu penderaan atau ketidakadilan hanya kerana ia tidak selaras dengan budaya hidup Barat,” ujar Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Kita juga agak musykil dengan tindakan pihak pemerintah dan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi. (Rujuk laman blog http://www.seksualitimerdeka.org)


Perihal program sebeginilah yang menjadi asbab kepada beberapa pihak tegas melahirkan kegusaran apabila  konsert artis gay Elton John ke Malaysia dibenarkan pada 22 November ini walaupun sedia maklum latar belakangnya.

Apa yang menjadi kebimbangan dan telah diberi amaran oleh Rasulullah SAW pada 1400 tahun dahulu apabila diriwayatkan daripada Ibni Abbas RA: “Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum Luth, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)



Kembalilah kepada fitrah
Di peringkat Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kita memohon agar mereka yang terbabit kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang Mencipta manusia. 

Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup sebagaimana yang dijelaskan di dalam Firman Allah swt di dalam surah Ar-Ruum ayat 21; 

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"

Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah malahan lebih teruk lagi.

Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.


Disediakan oleh, 

Biro Kerohanian & Pembangunan Insan
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)

Tarikh : 4 November 2011