Sabtu, November 12, 2011

Kecurian di KTSN

Daripada :
Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib
Pengetua Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
UKM Kampus Kuala Lumpur

Saya telah berbincang dengan pihak Unit Keselamatan mengenai kes kecurian yang berleluasa di KTSN 1. Hasil siasatan dan lawatan kawasan mendapati:

1. Pagar sempadan BERNAMA dan Perpustakaan Negara dan KTSN telah dipotong dawainya dan rosak.

2. Tembok sempadan antara Perpustakaan Negara dan KTSN tidak ada deduri tajam, memudahkan penceroboh masuk ke dalam kawasan KTSN.

3. Pelajar tidak menutup pintu dan tingkap ketika tiada di bilik atau sedang tidur. Ada yg mengatakan pintu dan tingkap rosak, aduan telah dibuat tetapi tidak ada tindakan.


4. Tingkap bilik di blok F tingkat satu tidak mempunyai jeriji besi.

5. Jeriji besi di tingkap bawah merupakan jalan utama untuk penceroboh memanjat untuk naik ke tingkat 2.

6. Pelajar tidak menutup tingkap kecil di atas pintu bilik masing-masing. Ini juga merupakan jalan masuk kepada penceroboh.

7. Ada pelajar membenarkan pelajar lain yang tidak berdaftar di K1 menginap di K1.


Sehubungan dengan itu, pihak kolej akan meminta JPP dan UPP segera mengatasi perkara 1,2,3, dan 4. Walau bagaimanapun, saya memohon para pelajar sentiasa:

1. Mengunci pintu dan tingkap walaupun keluar untuk beberapa minit.

2. Tidak membenarkan setinggan di bilik masing-masing.

3. Menyimpan laptop, telefon bimbit dan beg duit di tempat yang selamat, bukan diletak di atas meja ketika tidur atau keluar dari bilik.


Semasa felo membuat rondaan, sekiranya di dapati pintu tidak dikunci dan penghuni tiada di dalam bilik serta di dapati barang berharga terbiar tidak disimpan, maka barang tersebut akan diserahkan kepada pihak unit keselamatan. Denda juga akan dikenakan.

Mohon kerjasama semua untuk berubah sikap demi mencegah kes kecurian di KTSN.

Terima kasih.