Khamis, November 24, 2011

Laporan Kebajikan MPP FKAB Tahun 3/4

Pada 17 November jam 10 pagi, MPP FKAB 3&4 yang juga merupakan Naib Presiden III PMUKM iaitu Mohd Faizal bin Ahmad bersama Naib Presiden II PMUKM Muslimah Binti Marsi dan YDP PEMATRA Muhammad Fakhry Bin Md Jaffary telah membuat satu perjumpaan dan perbincangan dengan Timbalan Dekan  Prasiswazah Dan Alumni FKAB iaitu Prof.Ir.Dr. Mohd Sobri Takrif berkaitan isu kebajikan sekitar fakulti.

Perkara yang dibincangkan termasuklah perlaksanaan manifesto MPP Mohd Faizal Bin Ahmad. Berikut adalah perincian bagi perkara-perkara yang dibincangkan.
Kategori
Jenis Kerosakan
Perincian
Elektrik
Lampu dan soket di dewan kuliah dan ruang legar fakulti rosak.
·         Kawasan fakulti yang gelap di waktu malam membahayakan terutamanya bagi siswi.
·         Soket yang tidak boleh berfungsi dan tidak terurus mnyebabkan ia tidak boleh digunapakai. Boleh menghasilkan litar pintas jika terus dibiarkan.

Mekanikal
Kerusi dan meja di dewan kuliah dan ruang legar fakulti rosak dan tidak selamat untuk digunakan.
·         Banyak kerusi di dewan kuliah rosak (tidak stabil dan tiada meja) dan menghasilkan bunyi ketika digunakan boleh menganggu sesi kuliah.
·         Terdapat meja tanpa kerusi dan kerusi yang rosak atau berkarat di ruang legar fakulti.
·         Bilangan meja dan kerusi di ruang legar tidak cukup untuk kegunaan semua warga fakulti.

Prasarana
Ceiling di dewan kuliah dan ruang legar berlubang dan merbahaya.
·         siling yang rosak akibat hujan.
·         siling yang pecah dan berlubang boleh membahayakan warga fakulti.

Sistem CCTV
CCTV tidak berfungsi dengan baik.
·         Sistem CCTV yang ada di fakulti didapati rosak dan tidak boleh berfungsi dengan efisien.
·         Penyimpanan data CCTV terbatas dan tidak terurus
Tempat Letak Motosikal
Tiada Palang Berkunci
·         Cadangan supaya dipasang palang yang mempunyai rantai dan kunci bagi tujuan keselamatan


Di akhir perbincangan tersebut, satu kata sepakat telah diputuskan bahawa pihak kedekanan pentadbiran fakulti akan memberi sokongan penuh terhadap aduan kebajikan beliau kepada pihak JPP.


 
Konsisten: MPP FKAB 3/4 Mohd Faizal Bin Ahmad bersama dengan YDP PEMATRA, Muhammad Fakhry Bin Md Jaffary menghantar laporan aduan kebajikan hasil daripada rekod yang dilakukan di bawah sekretariat Naib Presiden III PMUKM di FKAB 







Pada 21.11.2011 (Isnin), MPP Mohd Faizal Bin Ahmad mendapat maklum bahawa pihak kedekanan pentadbiran fakukti telah menghantar aduan kerosakan yang dilaporkan oleh beliau kepada pihak JPP untuk tindakan selanjutnya. Aduan tersebut juga turut dihantar kepada TNC HEPA iaitu Prof.Ir.Dr. Othman A.Karim bagi tujuan makluman. 
Untuk kepastian, MPP Mohd Faizal Bin Ahmad bersama MPP Muslimah Binti Marsi dan YDP PEMATRA Muhammad Fakhry Bin Md Jaffary mengadakan pertemuan pula dengan Timbalan Dekan (Penyelidikan) Merangkap Pengerusi, Pusat Kejuruteraan Termaju Prof. Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain pada 23.11.2011 (Rabu), jam 10 pagi bagi mengetahui laporan aduan kebajikan kerosakan tersebut. 
Menurut Prof Fauzi, laporan tersebut sudah diberikan kepada pihak JPP dan TNC HEPA Prof.Ir.Dr. Othman A.Karim. Prof Fauzi juga telah dihubungi oleh TNC HEPA Prof.Ir.Dr. Othman A.Karim untuk memberi respon makluman kepada MPP Mohd Faizal Bin Ahmad terhadap laporan aduan kerosakan tersebut.
Pejumpaan kali ke-2 MPP FKAB 3/4 Mohd Faizal Bin Ahmad bersama YDP PEMATRA, Muhammad Fakhry Bin Md Jaffary dengan kedekanan pihak fakulti iaitu Timbalan Dekan (Penyelidikan) merangkap Pengerusi Pusat Kejuruteraan Termaju, Prof. Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain pada 23.11.2011 bagi tujujuan pertanyaan susulan laporan aduan kerosakan kebajikan fakulti.

Sehubungan itu MPP Mohd Faizal Bin Ahmad memohon supaya mahasiswa/i Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina khasnya, supaya dapat menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak JPP untuk membaikpulih prasarana di fakulti.
Mewakili barisan kepimpinan PMUKM 2010/2011 dan pimpinan PEMATRA, MPP Mohd Faizal Bin Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran fakulti kerana sudi bersama-sama membawa isu kebajikan FKAB untuk diselesaikan sebaik mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab.

“BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI”