Khamis, November 24, 2011

MPP FST terus komited bawa agenda kebajikan mahasiswa


Bangi, 23 November- Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi terus komited meneruskan agenda kebajikan mahasiswa. Terbaru MPP FST yang di wakili oleh Saudari Nor Amalina Sazali, Saudari Aida Rahayu, dan juga Saudari Noraini Jumahir telah mengadakan program 'Sehari Bersama MPP FST'. 

Turut sama di dalam program khas ini adalah saudara Arif Misrol, Speaker PMUKM dan Timbalan Dekan Fakulti Sains & Teknologi , Prof Dr Shahidan bin Radiman. 

Program ramah mesra bersama warga FST ini diadakan untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan hal-hal kebajikan pelajar FST, bertepatan dengan manifesto yang telah dilaungkan oleh MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin,yang tidak dapat bersama-sama disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.


Slot ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh barisan MPP FST GMUKM untuk mendekati mahasiswa/wi dalam usaha membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan kebajikan.Segala aduan dan suara yang telah dilontarkan akan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak MPP FST GMUKM. 

Menurut MPP Noraini, "inilah masanya MPP turun kepada mahasiswa untuk membantu menyelesaikan masalah mereka, bukannya tunggu sahaja mahasiswa datang kepada MPP".






Antara isu-isu kebajikan yang dibangkitkan mahasiswa/wi adalah seperti masalah kenaikan yuran kolej, masalah saman yang dikenakan tanpa tempat parkir disediakan terlebih dahulu, ketiadaan pencahayaan yang cukup di FST pada waktu malam dan juga permintaan untuk diletakkan speaker di surau FST agar dapat memudahkan muslimat ikut solat berjemaah.


Program "Sehari Bersama MPP FST" ini turut mendapat sokongan penuh dari Timbalan Dekan FST, Prof Dr. Shahidan Radiman yang juga sanggup turun padang untuk bersama-sama MPP FST tepat jam 2.15 petang di kawasan kafe FST. Beliau juga sempat mengadakan ruang perbincangan bersama MPP Arif Misrol dan berkata bahawa program seumpama ini merupakan platform yang baik untuk mendengar suara pelajar tentang masalah-masalah kebajikan mereka, ujar beliau.





"Terima kasih buat semua warga FST yang telah memberi kerjasama dan sokongan kepada kami barisan MPP FST GMUKM. Setiap aduan yang kami terima,akan kami lakukan tindakan sewajarnya. Teruskan menyampaikan suara-suara mahasiswa anda. Sememangnya, suara anda,tanggungjawab kami".- MPP Amalina Sazali

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"