Isnin, November 14, 2011

Selamat berjaya buat calon SPM 2011

Assalamu'alaikum dan salam ikhlas penuh ukhwah.

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengucapkan selamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 kepada semua 468,808 orang calon termasuk 29,213 orang calon persendirian yang menjalani peperiksaan SPM bermula hari ini (14 November 2011) sehingga 14 Disember 2012 di 3,533 buah pusat peperiksaan.

Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon, bagi pihak Presiden dan seluruh ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011 kepada adik-adik yang bakal menjalani kertas pertama peperiksaan SPM iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual pada pagi ini.


Kami mendoakan sepanjang musim peperiksaan ini agar mudah-mudahan kalian akan dilapangkan dada dan diberikan ilham, juga dimudahkan urusan menjawab soalan dan membuat persediaan di hari-hari peperiksaan ini.

Kejayaan anda adalah harapan semua rakyat Malaysia. Kalian merupakan harapan negara dan pewaris generasi umat ini, maka teruskanlah tradisi kecemerlangan kalian sehingga menjejakkan kaki ke menara gading ini; khususnya di Universiti Kebangsaan Islam, kiranya diizinkan-Nya.

Perbanyakkan doa, di samping sikap bermaaf-maafan di kalangan rakan-rakan dan guru-guru di samping paling penting memohon berbanyak restu daripada ibu bapa dan penjaga.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Disediakan oleh,
Biro Informasi & Penerangan
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)
http://pm-ukm.blogspot.com