Selasa, November 22, 2011

Presiden ketuai PMUKM hadir MPPK

PUTRAJAYA, 22 Nov - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah menghantar saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi dan Mohd Idrul Daud menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil. 2/2011 hujung minggu lalu.


Program sebelum bermulanya Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) itu telah berlangsung pada 19 November sehingga 20 November 2011 di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan. Pra-MPPK ini disertai lebih 30 IPT yang menghimpunkan Majlis Perwakilan Pelajar daripada IPT seluruh Malaysia dan ia bertujuan sebagai persediaan untuk mesyuarat MPPK Bil. 2/2011.

Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil.2/2011
Pada 21 November pula, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil. 2/2011 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, YB Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Timbalan Ketua Polis Negara, dan wakil-wakil kementerian.

Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan oleh MPP semasa mesyuarat berkenaan seperti :
1. Rasionalisasi Subsidi: Keberkesanan dan Kebergantungan Rakyat (UTM);
2. Goods Service Tax (GST): Antara Kehendak Rakyat dan Keperluan Kerajaan (UIAM);
3. Mencapai Status Negara Maju Tanpa Menjejaskan Jati Diri Bangsa (UiTM); dan
4. Bersediakah Negara Mengamalkan Meritokrasi Mutlak (UniSZA).

Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang diusulkan dalam mesyuarat ini seperti mewujudkan kad pelajar yang membolehkan pelajar membeli barangan dengan harga pelajar/diskaun dan Seksyen 15 Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU).

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI