Jumaat, November 18, 2011

Perincian : Perkhidmatan Kabel LAN Kolej Disambung Semula

Khabar berita dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM) melalui makluman perkhidmatan rangkaian kolej dibuka semula (ewarga/bul/bil.18112011-67) merupakan berita gembira buat mahasiswa yang mengalami akses internet di 6 buah kolej iaitu Kolej Ungku Omar, Kolej Dato Onn, Kolej Hussien Onn, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakub.

Sebelum ini, PMUKM ketika mesyuarat bersama YBhg TNC HEPA  Ir. Dr Othman A. Karim pada 4 Oktober 2011, MPP Aida Rahayu telah membangkitkan isu perkhidmatan kabel LAN yang dihentikan menyebabkan masalah akses UKM Jaring bertambah teruk. MPP Wilfred juga mengadukan perkhidmatan UKM Jaring kepada mahasiswa yang mengecewakan. 


Respon oleh TNC HEPA bahawa kata sepakat oleh Majlis Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh NC sendiri menghentikan penggunaan tersebut atas dasar kos penyelenggaraan yang tinggi namun ia masih boleh dipertimbangkan. YES 4G YTL sebagai pilihan kedua kepada pelajar untuk akses internet selain Jaring dan kemungkinan ia boleh diakses oleh pelajar pada hujung bulan Oktober (kini sudah boleh digunakan).

PMUKM meminta untuk perkhidmatan kabel LAN dipertimbangkan untuk disambung semula memandangkan tidak semua bilik yang mendapat perkhidmatan UKM Jaring tanpa wayar di bilik masing-masing. Bahkan di dalam mesyuarat kebajikan yang melibatkan ketua-ketua jabatan, TNC HEPA, 2 orang wakil PMUKM, iaitu MPP Ezuan, Setiausaha Agong PMUKM dan MPP Izzuddin Pisol, Pengerusi Kebajikan dan Aduan PMUKM, yang dipengerusikan NC sendiri juga telah dibangkitkan lagi berkaitan perkhidmatan kabel LAN.

Hal ini disokong dengan suara mahasiswa sendiri yang beroperasi di Facebook di Petisyen supaya perkhidmatan kabel LAN UKM yang sedia ada diteruskan  telah mendapat perhatian pentadbiran juga. Dengan kerjasama dan keprihatinan pihak pentadbiran universiti terutamanya Pusat Teknologi Maklumat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan mengusahakan perkara-perkara lain untuk kebaikan bersama iaitu;

i) Kakitangan sokongan/teknikal ICT bagi memberikan khidmat bantuan di setiap bilik dalam setiap blok di kolej-kolej yang mempunyai prasarana Kolejnet. – (cadangan mengadakan kelab komputer di setiap kolej)
 
ii) Peralatan rangkaian sedia ada perlu diganti mana-mana yang telah rosak. – (PTM dalam proses membuat kajiselidik dan membuat perancangan pembelian itupun jika masih ada kewangan)

iii) Peralatan keselamatan rangkaian kerana perkhidmatan kolejnet sebelum ini sering menerima aduan dari luar tentang aktiviti perlanggaran ICT di luar UKM – (sedang menilai beberapa produk )

iv) Aduan dari felo yang mahu suis dalam bilik mereka di tutup kerana bising dan terdapat blok pelajar senior yang tidak mempunyai kemudahan ini dan minta kami tambahkan kemudahan kepada mereka – (mohon pihak Universiti/kolej boleh berbincang mengenai perkara ini kerana kami diberikan bilik tersebut semasa proses pemasangan dahulu)

v) Bandwitdh tidak mencukupi iaitu tanpa Kolejnet penggunaan semasa dari UKMnet adalah sekitar 230Mbps dan kapasiti yang sedia ada adalah 155Mbps dan atas ehsan jaring mereka membenarkan kita menggunakan 250Mbps. – (Universiti dan PTM dalam proses menaik taraf kemudahan tersebut)


Kini, sedikit sinar baru buat rakan-rakan mahasiswa UKM bahawa perkhidmatan kabel LAN kolej akan disambung semula.
MPP Aida Rahayu telah berhubung dengan pihak PTM bahawa proses ini bermula dengan Kolej Ungku Omar diikuti pula kolej-kolej lain secara berperingkat dan kerjasama di peringkat mahasiswa adalah dengan menghantar emel kepada pihak PTM seperti yang dikehendaki dalam makluman tadi (ewarga/bul/bil.18112011-67). PMUKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI