Jumaat, November 22, 2013

MPPFKAB : KEBAJIKAN DAN MANIFESTO SEIRING

20 November 2013, UKM Bangi - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) di FKAB, wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (PEMATRA) dan pihak pentadbiran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah membincangkan kebajikan para mahasiswa/I FKAB.


Setiausaha Agong PEMATRA Zinnirah Wellun, telah membentangkan segala aduan mahasiswa/I berkenaan dengan kemudahan dan infrastruktur di fakulti. Beberapa cadangan juga telah dibentangkan. Aduan dan cadangan tersebut merupakan hasil kerjasama diantara MPP dan PEMATRA. Prof. Ir. Dr. Marzuki Mustafa Dekan FKAB, memberikan maklum balas yang positif dan memaklumkan bahawa pihak pentadbiran akan mengambil tindakan segera berkenaan aduan yang diberikan.


Mesyuarat tersebut juga membincangkan berkenaan manifesto - manifesto yang dibawa oleh MPP FKAB Tahun 1/2 , Ahmed Amri bin Zulkafli dan MPP FKAB Tahun 3/4, Mustapha Kamil Husen. Berkenaan dengan manifesto MPP Ahmed Amri iaitu bagi mewujudkan bilik perbincangan Kondusif di bangunan lama FKAB, pihak pentadbiran fakulti mengambil berat akan manifesto ini dan telah mengenal pasti beberapa bilik kosong yang boleh digunakan. Pada peringkat awal ini, pihak fakulti memaklumkan bilik kosong di belakang surau lelaki sememangnya boleh digunakan untuk perbincangan pelajar. Pihak pentadbiran fakulti juga bersedia untuk membantu memperbaiki keadaan bilik tersebut.



Manifesto MPP Mustapha bagi mengadakan kursus-kursus komprehensif kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri dan yang akan bergraduasi juga mendapat sambutan yang baik daripada pihak pentadbiran. Cadangan untuk menguatkuasakan pengambilan kad CIDB telah disambut baik oleh Prof. Ir. Marzuki justeru telah meletakkan Prof. Zaidi HeJIM FKAB sebagai pensyarah yang bertanggungjawab. Bagi pelajar tahun akhir FKAB, kursus-kursus yang berkaitan analisis statistikal dan ISO juga akan dilaksanakan, perbincangan lanjut dengan Dr. Nizam, pensyarah JKMB akan diadakan. 



Mesyuarat tersebut diteruskan dengan perbincangan bersama pensyarah-pensyarah FKAB, Prof Ir. Dr. Marzuki Mustafa, membenarkan MPP dan PEMATRA untuk meninggalkan bilik mesyuarat. 










MPP Fakulti Alam Bina
Suara Anda, Suara Kami Kebajikan Anda, Tanggungjawab Kami
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::