Khamis, November 14, 2013

UKMKL: KES KECURIAN SEMAKIN BERLELUASA

MPP Masitah bersama Pentadbiran UKM KL.
14 November 2013, UKM KL - MPP Masitah  telah berjumpa dengan Encik Aziz, Timbalan Pendaftar UKM KL berkaitan kes kecurian di fakulti yang semakin berleluasa. Perbincangan ini juga disertai oleh Encik Fadhil dan Encik Samat daripada Bahagian Keselamatan, dan Encik Munzir, Ketua Pendaftar Fakulti Farmasi.

Berikut ialah hasil perbincangan tersebut;


1. Kes kecurian tersebut masih dalam siasatan. Suspek sudah dikenalpasti.

2. Rondaan keselamatan akan ditingkatkan lagi dan akan diperkemaskan lagi dengan strategi baru. Kelemahan kawasan kecurian (surau lelaki blok N dan kawasan sekitar) yang menjadi kawasan tumpuan suspek sedang diselidik. Mungkin akan berlaku ubah suai dalam surau tersebut (rak yang disediakan).

3. Pihak Keselamatan sangat mengalu-alukan maklumat daripada para pelajar. Sekiranya ternampak sesiapa sahaja yang mencurigakan, boleh terus lapor pada Bahagian Keselamatan. Mereka sangat menggalakkan pelajar untuk lebih alert degan isu ini. Segala maklumat atau aduan boleh terus disalurkan kepada Pihak Keselamatan di nombor Hotline Keselamatan (019-3058511).

4. Setiap pelajar DIWAJIBKAN untuk menyimpan nombor Hotline ini bagi tujuan keselamatan dan sebarang kes kecemasan. 
5. Pelajar yang menjadi mangsa kejadian dikehendaki melaporkan DENGAN SEGERA kepada Pihak Keselamatan atau terus kepada Encik Fadhil.
6. Berkaitan isu kecurian Pelajar Farmasi di makmal Blok P, 100 unit loker berkunci akan disediakan di makmal Tingkat 1 Blok P secepat mungkin di bawah pengurusan pihak pentadbiran Fakulti Farmasi. Hal ini adalah kerana beg memang tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal.
7. Pelajar boleh membuat SURAT SOKONGAN bagi sebarang permohonan kebajikan (kepada Ketua Pendaftar Fakulti masing-masing atau Timbalan Pendaftar UKM KL).

Kami, pihak MPP berharap agar semua pelajar dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya berkaitan isu ini.





Siti Noor Masitah Nordin
MPP Fakulti Farmasi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::