Sabtu, November 23, 2013

MPP BERSAMA PIHAK PENTADBIRAN : LANGKAH PERTAMA MERAI KEMENANGAN

PERTEMUAN PERTAMA MPP FSSK BERSAMA KETUA PENDAFTAR FSSK

30 Okt : Pertemuan pertama antara Mpp Fssk iaitu saudari Fatin Zulaika Hamdan & Puteri Nor Adilah Mohd Zaruddin dengan Ketua Pendaftar Fssk, Puan Rohana. Alhamdulillah pertemuan yang sangat memberangsangkan.


Memetik kata Puan Rohana " Teruskan menjaga amanah dengan akhlak yang baik, teruskan memimpin dengan penuh sabar kerana manisnya akan rasa selepas tamat belajar kelak. InshaAllah, yakin dengan Allah, DIA akan bantu kamu berdua"




PERTEMUAN PERTAMA MPP FPI BERSAMA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

31 Okt : Prof Dr Mohd Nasran Bin Mohammad Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Encik Saidi Ismail Ketua Penolong Pendaftar,Encik Talib Samad selaku Penolong Pegawai Tadbir dan ditemani oleh MPP UMUM 1 dan 2 daripada Fakulti Pengajian Islam telah bertemu.

Pertama sekali Prof Mohd Nasran selaku Dekan FPI mengucapkan tahniah kepada seluruh MPP daripada FPI kerana telah dipilih menjadi MPP pada pilihanraya kampus yang telah berlangsung baru-baru ini. Pada kali ini calon-calon daripada FPI memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Pada pertemuan kali ini kami telah berbincang  berkenaan dengan masalah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pihak fakulti telah mencadangkan kepada saya supaya segala masalah yang berkaitan dengan pelajar FPI dibincangkan diperingkat pelajar secara bersama terlebih dahulu untuk dibawa kedalam mesyuarat pihak fakulti bersama Persatuan Mahsiswa Fakulti Pengajian Islam dan Kelab-kelab jabatan.

Antara isu yang diutarakan ialah isu berkenaan dengan masalah WIFI yang semakin serius sekarang ini, dan respon daripada beliau bahawa masalah ini telahpun diadukan kepada pihak Pihak Teknologi Maklumat. Sekarang ini pihak fakulti masih menunggu keputusan daripada PTM untuk diserahkan kepada JPP memandangkan masalah ini bukan berada dibawah pengurusan pihak fakulti. 

Berkenaan dengan masalah parking bagi penuggang motosikal yang tinggal di Kolej Kriss Mas, Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato Onn dan Kolej Tun Hussin Onn yang terpaksa membuat laluan yang berlawanan daripada laluan yang ditetapkan jikalau ingin mempercepatkan perjalanan juga dibincangakan sebentar tadi. Hasil aduan saya berkenaan dengan masalah ini kepada pihak fakulti sebelum ini telahpun diserahkan kepada JPP dengan cadangan laluan motosikal yang sangat sesuai. Sekarang ini kita masih menuggu kelulusan daripada JPP.

Pertukaran pelajar juga menjadi satu topik perbincangan kami sebentar tadi. Untuk makluman pelajar FPI sekarang ini kita menerima 10 orang pelajar daripada universiti Prince Of Songkla Universiti Patani Campus. Mereka akan belajar disini selama 10 bulan dan sekarang sedang mengikuti kursus bahasa arab dan bahasa inggeris sebelum mereka mengambil kursus yang ditawarkan di FPI pada semester hadapan. Sebagai pertukaran kesana pihak Fakulti akan menghantar 10 orang pelajar daripada FPI UKM kesana dalam tempoh masa selama dua minggu. Pelajar ini akan dipilih oleh pihak fakulti berdasarkan kritiria yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti. Dekan juga amat berbanggga dengan program yang dilakukan oleh pelajar yang melibatkan intraksi dua pihak yang bersifat international sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Usuludin baru-baru ini.

Selain itu pihak fakulti juga sangat mengharapakan MPP FPI dengan kerjasama PMFPI dan kelab-kelab jabatan kali ini menganjurkan program bersama Pusat Islam UKM yang besifat interfakulti untuk manfaat seluruh warga UKM bukan sahaja warga FPI. Sebagaimana program yang dilakukan sebelum ini seperti program Daurah Kitab, Nur Qalbi dan Kembara Imarah Surau.

Pihak fakulti juga sedang berusaha dengan kerjasama Pusat Islam UKM dan MPP untuk meletakkan para pelajar FPI sebagai role model kepada seluruh mahsiswa/i UKM dengan program yang dijalankan dalam membawa satu perjuangan dan satu matlamat yang benar.


PERTEMUAN PERTAMA MPP FKAB BERSAMA PRNOLONG TIMBALAN PENDAFTAR FKAB

1 Nov : Alhamdulillah, pertemuan pertama Majlis Perwakilan Pelajar bersama Penolong Timbalan Pendaftar FKAB, En Zaidi. Setelah diberi mandat sebagai MPPUKM baru-baru ini, perjumpaan ini dilihat merupakan satu langkah awal yang dilakukan bagi memastikan kesejahteraan dalam kalangan warga mahasiswa FKAB khususnya serta seluruh UKM amnya. Sesi perkenalan MPP Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, saudara Mustapha dan Amri serta MPP UMUM tahun ¾, telah berlangsung. Selain itu, perbincangan awal mengenai perancangan awal yang bakal dilaksanakan telah dipersetujui bersama. Diharap kerjasama baik sebegini akan diteruskan demi menjaga kebajikan seluruh warga mahasiswa/I UKM



PERTEMUAN PERTAMA MPP FPEND BERSAMA DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN



1 Nov : Perjumpaan MPP Fepnd, Syed Najib bersama Prof. Dr. Lilia Halim, Dekan Fakulti Pendidikan UKM dan Prof. Madya Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) serta ditemani oleh Setiausaha Kerja MPP Fpend.

Pada pertemuan kali ini beliau telah berbincang dengan Dekan Fpend berkenaan dengan manifesto yang akan saya bawa bagi sesi kali ini.

Antara manifesto yang dibincangkan sebentar tadi ialah berkenaan dengan kemudahan mesin fotostat serta percetakan, dan respon daripada beliau bahawa pekara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pengurusan fakulti. Berkenaan Latihan Ilmiah dan Latihan Mengajar (praktikal), pihak fakulti menyedari dan sedia maklum bahawa ia merupakan satu bebanan kepada para pelajar maka perkara ini telah dibincangkan dan sedang dalam tindakan.

Akhirnya berkenaan dengan program bersifat pembinaan guru berkualiti, pihak fakulti menyambut baik dan sanggup bekerjasama dalam menjayakan usaha ini.

Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana sudi meluangkan masa mendengar suara mahasiswa dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan sehingga ke akhir sesi tampuk kepimpinan kali ini.

Syed Mohd Najib Bin Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan


PERTEMUAN MP FSK PERTAMA BERSAMA DEKAN FSK


6 Nov : Muhammad Amirul telah mengadakan petemuan bersama dekan FSK, Prof Dr. Siti Zamratol dan Timb Dekan PraSiswazah dan Alumni, Prof. Madya Dr. Bariah bagi membincangkan halatuju perjalanan MPP FSK.


Antara hasil perbincangan:

1. Perkhidmatan Wifi di Fakulti
Berikutan perkhidmatan yang kurang memuaskan di DK 1,2 dan 3, Pihak Dekan akan membawa hal ini kepada peringkat atasan iaitu kepada TNC HEPA, Prof Dato' Ir. Dr Othman A. Karim

2. Kebolehpasaran Mahasiswa
Menurut Dekan, Fakulti tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada para pelajar, namun boleh menyediakan platform untuk kerjaya sepert "Hari Kerjaya" yang dilakukan setiap tahun.

3. Harapan Pihak Dekan kepada pelajar FSK.
Pelajar FSK perlu berani kehadapan. Lebih berkeyakinan ketika dalam kuliah. Selain itu, Dekan juga menyarankan agar semua pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Muhammad Amirul
MPP FSK 2013/14




PERTEMUAN PERTAMA MPP FST BERSAMA DEKAN FST

14 Nov : Alhamdulillah, pertemuan pertama MPP FST tahun 3/4 dan Afiah Nasuha Aznan dan sNurul Syifa' MPP FST tahun 1/2 bersama Dekan FST, Y. Bhg Prof. Dr. Shahrim Hj. Ahmad setelah diberikan mandat sebagai MPP PMUKM baru-baru ini. . Dalam pertemuan ini, telah dibincangkan mengenai perancangan awal yang bakal dilaksanakan setelah dipersetujui bersama dengan penambahbaikan daripada Dekan. Diharap kerjasama baik ini akan diteruskan demi menjaga kebajikan mahasiswa/i FST.
 


Ke Arah Memaknakan Kemenangan
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::