Khamis, November 21, 2013

UKMKL : USAHA MEMAKNAKAN KEMENANGAN

13-19 November, UKMKL - Nur Aliya binti Huzaidy, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perubatan Tahun 1 &2 bersama SUK, saudari Fatin Liyana dan Najwa Khairiah telah melaksanakan beberapa perkara. Antaranya adalah:

1) 13 November 2013

Saya telah berjumpa dan berbincang dengan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Alumni) Profesor Dr. Nabishah Mohamad mengenai cadangan kemudahan mengakses keputusan peperiksaan pelajar fakulti perubatan di SMPWEB seperti pelajar di fakulti lain. Untuk makluman pelajar perubatan, sistem pemarkahan yang berbeza menyebabkan pihak Pusat Teknologi Maklumat memerlukan masa untuk mewujudkan sistem khas untuk keputusan peperiksaan pelajar perubatan. Profesor Dr. Nabishah menerima baik cadangan ini dan telah mengutarakan cadangan ini kepada pihak Pusat Teknologi Maklumat di UKM Kampus Bangi. Perkembangan gerak kerja untuk melaksanakan cadangan ini akan dipantau dari semasa ke semasa. Insya Allah



2) 14 November 2013 dan 15 November 2013 

Saya telah membantu pihak JPPEL dalam penyerahan KAD DISKAUN SISWA kepada wakil pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan dan Fakulti Kejururawatan. Untuk makluman pelajar, KAD DISKAUN SISWA kali ini disediakan untuk pelajar pengambilan pertama manakala kad untuk pelajar pengambilan kedua akan diserahkan kemudian.


3) 19 November 2013
Saya telah berjumpa dengan pihak Jabatan Bendahari UKM Kampus KL berkaitan dengan masalah teknikal SMPWEB yang tidak memaparkan jumlah yuran pengajian yang perlu dibayar untuk semester ini. Sehubungan dengan itu, saya telah menyerahkan senarai nama pelajar perubatan Tahun 2 yang mengalami masalah untuk mengakses yuran pengajian kepada pihak Jabatan Bendahari UKM Kampus KL agar pihak terbabit dapat melakukan semakan. Sebarang perkembangan berikutan masalah ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.




Nur Aliya Bt Huzaidy
MPP Fakulti Perubatan Tahun 1/2 
Biro Informasi dan Penerangan PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::