Selasa, November 26, 2013

MPPFPI : KEBAJIKAN PELAJAR PENGAJIAN ISLAM TERUS DIPERJUANGKAN


31 Oktember 2013, UKM Bangi - Saya dan MPP Umum daripada Fakulti Pengajian Islam telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang dibincangkan sebelum ini.

Laluan tempat letak motosikal :
- Insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang, namun ada sedikit perubahan. 
- Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP). 
- Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.

Masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. 
- Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu berlaku, pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. 
- Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.

Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai.
- Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon. 
- Memandangkan isu Wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya insyallah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah Wifi di FPI.

Pada perbincangan kali ini, saya juga memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar FPI berkenaan cadangan tempat letak motosikal berbumbung. Saya akan panjangkan cadangan ini ke peringkat pentadbiran universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang tinggi.

Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti pengajian Islam
    Speaker PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::