Bangi, 11 Mac-Rumput tebal yang tumbuh meliar di alur ilmu berhampiran dengan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) dilihat mencacatkan pemandangan.
"Rumput yang tumbuh meliar di alur ilmu nampak kotor dan perlu dibersihkan kerana menjejaskan pemandangan UKM sebagai sebuah pusat ilmu."kata saudara Adib, pelajar thn 3 FSSK yang juga bekas YDP Persatuan Mahasiswa FSSK.
Aduan tersebut mendapat respon MPP Umum, Muhammad Syafiq Abd Aziz yang segera melawat kawasan tersebut dan seterusnya bertemu dengan En. Ismail, pegawai bahagian landskap, Jabatan Pengurusan Dan Pembangunan (JPP).
En. Ismail berkata, tender telah dibuka, syarikat juga telah dipilih, tetapi pemegang tender yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut belum menetapkan jadual untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.
"Terima kasih kepada mahasiswa prihatin yang adukan hal ni. Persekitaran yang bersih dan selesa amat penting. Rumput yang tebal akan menyebabkan pengaliran air di alur ilmu tidak lancar kerana kemungkinan besar sampah akan tersangkut. Sekiranya tidak dibersihkan, ia bakal mengundang bau busuk. Saya harap kerja-kerja pembersihan dapat disegerakan."kata Muhammad Syafiq.