Khamis, Mac 18, 2010

Pertemuan pemangkin persefahaman


15/3/2010- Pertemuan ringkas bersama En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur

Secara ringkasnya pertemuan ini dilakukan berikutan permohonan MPP FSKB tahun 3/4 kepada pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur untuk mengadakan perjumpaan bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kuala Lumpur sebagai langkah pertama kerjasama di antara pihak pentadbiran dan MPP pada sesi kali ini.

Laporan hasil pertemuan dengan beliau:

1. Pihak Pentadbiran Kampus KL menyambut baik hubungan jalinan antara kedua belah pihak.
2. Cadangan untuk mengadakan mesyuarat antara pihak pentadbiran kampus Kuala Lumpur dan MPP kampus KL akan diadakan. Ketua atau wakil bahagian-bahagian Kampus Kuala Lumpur akan turut dijemput untuk turut sama dalam mesyuarat ini. Bahagian yang terlibat termasuklah Bahagian Keselamatan, Perpustakaan Dr Abdul Latiff, Jabatan Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat(PTM) serta Jabatan Pengurusan Pembangunan(JPP). Hal ini adalah bagi memperjelaskan semula kepada semua MPP agar memahami skop dan bidang tugas setiap bahagian bagi melicinkan setiap prosedur dan sistem penyampaian yang akan dilakukan pada masa akan datang . Ini penting kerana MPP bertindak sebagai medium penyampai maklumat antara pentadbiran dan mahasiswa yang berhubungkait dengan kebajikan mahasiswa .Langkah ini juga penting agar tiada salah faham antara mahasiswa dan pihak pentadbiran berhubung isu-isu tertentu.

3. Pihak pentadbiran telahpun atau sedang mengambil tindakan merujuk kepada aduan-aduan yang telahdisampaikan oleh mahasiswa, namun tiada medium untuk memberi maklum balas kepada mahasiswa berhubung aduan yang telah diberikan. Oleh itu, besar harapan kami sebagai MPP mahasiswa untuk menjadi jambatan penghubung antara pihak pentadbiran dan mahasiswa dalam menyampaikan informasi-informasi penting sebegini.

4. Beberapa perkara berbangkit akan dibincangkan semasa mesyuarat nanti.

5. Tarikh dan masa mesyuarat yang akan diadakan akan dimaklumkan semula melalui surat yang akan dikeluarkan.



Pertemuan bersama Puan Faizah Mohd Zaid


16/3/2010 – Pertemuan dengan Puan Faizah Mohd Zaid, Ketua Perpustakaan Dr Abdul Latiff Laporan hasil pertemuan dengan beliau.
1. Mendapatkan penjelasan tentang perkembangan terbaru tindakan pihak Perpustakaan berkenaan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini:-

- Mendapatkan penjelasan berkaitan pemasangan CCTV bagi mengurangkan kes kecurian dan hasilnya;-

•Permohonan pemasangan CCTV telah dibuat oleh pihak Perpustakaan Kampus KL dan sekarang masih memerlukan sedikit masa untuk melepasi bebarapa prosedur seperti pemilihan CCTV dan lain-lain.Mahasiswa/I diharap dapat bersabar kerana proses permohonan dan pemasangan CCTV agak memakan masa.
•Pihak Perpustakaan Kampus KL juga telah menyediakan loker penyimpanan berbayar bagi mengurangkan kes kecurian dan diharapkan mahasiswa dapat memanfaatkanya.
•Pihak pengurusan perpustakaan amat mengharapkan kerjasama daripada mahasiswa agar menjaga harta benda dan barangan peribadi masing-masing dengan cermat
•Notis peringatan berkaitan agar tidak meninggalkan barang berharga di loker terbuka telahditampal. Diharap semua mahasiswa peka dan bertindak selari dengan peringatan tersebut.

Sayangilah harta dan barangan peribadi anda. Tingkatkan kewaspadaan dan berhati-hati. Kita mahasiswa prihatin!

2. Buku perpustakaan yang dikatakan lama dan tidak mencukupi.

Penjelasan yang diberikan:-

•Perpustakaan Kampus Kuala Lumpur telah lama ditubuhkan iaitu 1974 berbanding perpustakaan HUKM iaitu pada tahun 1997. Maka buku-buku lama masih dikekalkan, tambahan pula buku-buku klinikal yang sepatutnya dipindahkan ke HUKM tidak dapat dilakukan kerana Perpustakaan HUKM kekurangan tempat.
•Buku-buku baru telah pun dibeli dan ditempatkan di rak-rak.
•Semua buku sebelum tahun 2000 telah disimpan di stor simpanan buku lama.
•Berita baik buat mahasiswa:- anda boleh membuat permintaan buku rujukan kepada pihak perpustakaan dan lebih baik jika menyertakan sekali nombor ISBN agar memudahkan pihak pengurusan Perpustakaan mengambil langkah selanjutnya.
•Pihak Perpustakaan telah mula menyediakan kemudahan satu judul buku dengan 10 buah buku. Oleh itu, masalah kekurangan buku rujukan diharapkan dapat dikurangkan.


3. Masalah kemudahan penghawa dingin dan tandas.
Penjelasan yang diberikan:-

•Semua ini di bawah pemerhatian JPP. Segala aduan daripada mahasiswa akan segera dilaporkan kepada JPP.
•JPP akan mengeluarkan notis kepada pihak Perpustakaan jika kerja-kerja penyelengaraan dilakukan.


4. Masalah bilik perbincangan yang tidak kedap bunyi.
Penjelasan yang diberikan;-

•Telah diambil tindakan dan makluman, namun akibat kekurangan belanjawan kerja-kerja menaik taraf terpaksa ditangguhkan.

5. Masalah pautan pangkalan data dan Gemilang.
Penjelasan yang diberikan:-

•Boleh merujuk kepada Pn Mariati Embong, Pustakawan Kanan
•Berita baik untuk mahasiswa:- mahasiswa boleh meminta kelas daripada pihak perpustakaan untuk mempelajari sistem pautan pangkalan data dan Gemilang.

6. Masalah jaringan ‘wireless’.
Penjelasan yang diberikan:-

•Perlu merujuk kepada Bahagian Multimedia.
Tindakan susulan dari pihak MPP FSKB 3/4 akan segera di ambil. Nantikan tindakan selanjutnya..


Disediakan oleh,

Nur Ili Mohamad Tarmizi,
MPP Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Tahun 3/4
Sesi 09/10
Universiti Kebangsaan Malaysia