Rabu, Mac 03, 2010

Pengedaran KMJP Semester II Sesi Akademik 2009-2010

Peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2009-2010 akan bermula pada 12 hingga
30 April 2010.

Anda diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 19 Mac 2010.

Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian
Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. Anda diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter
Bahagian Pengurusan Akademik.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan, terima kasih.