Khamis, Mac 25, 2010

Kebajikan Mahasiswa Tanggungjawab Bersama


Bangi, 25 Mac-MPP Umum, Muhamad Faiz Ismail berbincang dengan wakil Pengarah Pusat Pengajian Umum (PPU) pada 15 Mac yang lalu mengenai pendaftaran semester 3 bagi mahasiswa/i FST Thn 2 sebaik sahaja menerima aduan mengenai hal tersebut. Dua orang mahasiswi FST yang prihatin turut mengambil inisiatif bertemu dengan Pengarah PPU pada petang hari yang sama.

Isunya, mahasiswa/i FST Thn 2 perlu menjalani Latihan Industri sebaik sahaja tamat Thn 3. Tambahan pula, pada semester 1 dan 2, Thn 3 kebanyakan daripada mereka perlu mengambil lebih daripada 20 jam kredit dan dilihat membebankan untuk mengambil u2 atau u3 pada semester tersebut. Oleh itu, mereka memohon agar dibenarkan untuk mendaftar u2 dan u3 pada semester 3 ini.

Susulan daripada perbincangan tersebut,Aiman Zafri (YDP PMFST) bersama Asrulazlan (Exco Kebajikan PMFST) membuat tindakan susulan bertemu dengan wakil Pengarah PPU bagi menghantar surat sokongan Timbalan Dekan FST beserta senarai nama mahasiswa/i yang ingin mendaftar kursus u2 dan u3 kepada Pusat Pengajian Umum pada hari berikutnya, 16 Mac. Setelah membuat pertimbangan, PPU mengambil keputusan untuk mendaftarkan mahasiswa/i yang membuat permohonan.