Bangi, 17 Mac- MPP Mahasiswa telah menerima aduan mengenai Pendaftaran Semester 3 yang dijadualkan bermula dari 15 Mac dan berakhir pada 19 Mac 2010. Antara isu yang dibangkitkan ialah :
1) Kursus yang ditawarkan telah mencapai had bilangan pelajar/ penuh sedangkan masih ramai pelajar belum mendaftar kursus berkenaan.
2) Permintaan supaya jumlah kursus tidak dihadkan maksima 3 kursus sahaja.
Berikutan aduan tersebut, MPP Mahasiswa yang diwakili oleh Muhammad Syafiq (MPP Umum) dan Wan Ahmad Fahmi (MPP Fpend) bertemu dengan pegawai Bahagian Pengurusan Akademik untuk membincangkan hal tersebut.
Justeru, jawapan yang diberikan oleh Bahaian Pengurusan Akademik (BPA) adalah seperti berikut :
1) Pelajar hendaklah merujuk kepada fakulti atau pusat di mana kursus tersebut ditawarkan (cth: fpend, ppu etc). Sekiranya mendapat persetujuan pihak tersebut, maka mereka (baca:fakulti/pusat) akan menambah kuota pelajar atau pelajar dibenarkan untuk mendaftar secara manual.
2) Merujuk kepada jumlah kursus pula, maksima 3 kursus dalam tempoh 7 minggu pada semester 3 adalah relevan. Dalam tempoh tersebut, pelajar bukan sahaja perlu menghadiri kuliah tetapi juga perlu menyiapkan pelbagai tugasan. Oleh itu, sekiranya pelajar mengambil lebih daripada 3 kursus, dikhuatiri jadual terlalu padat seterusnya membebankan pelajar.
Maklumat Tambahan :
Pendaftaran Sem 3 untuk kursus U2 dan U3 yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum (PPU) telah penuh. Oleh itu, bilangan pelajar tidak akan ditambah lagi dan tiada pendaftaran manual akan dibuat KECUALI bagi pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian pada semester ini.
Rabu, Mac 17, 2010
Isu Pendaftaran Sem 3 : Penjelasan
15:34
Persatuan Mahasiswa UKM Sesi 2014/2015