Cheras, 3 Mac-MPP Fakulti Perubatan Thn 1 & 2, Saudari Nasiha Omar telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik di HUKM.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai kelas bahasa Inggeris bagi pelajar perubatan tahun 1, isu kebajikan terutamanya masalah kecurian yang sering berlaku di loker perpustakaan dan juga pelaksanaan semula klinikal asas bagi pelajar perubatan tahun 2 sebagai persediaan sebelum memasuki tahun klinikal.
Saudari Nasiha yang dihubungi mengulas bahawa Timbalan Dekan memberi maklum balas yang positif berkaitan isu tersebut.
"Ada beberapa tindakan yang perlu saya lakukan berhubung permasalahan ini. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan ianya dapat diselesaikan secepat mungkin."katanya.