6 Julai 2013, UKM Bangi – Persatuan
Mahasiswa UKM (PMUKM) menerima lawatan rasmi daripada guru-guru dan para
pelajar dari Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Kedah bagi ‘Lawatan Kembara
Ilmu’ di sekitar UKM.
Dalam lawatan ini turut dihadiri oleh badan
mahasiswa Islam induk UKM iaitu Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM). Sesi lawatan
dimulakan dengan pengenalan sekitar kawasan UKM seperti Perpustakaan Tun Seri
Lanang, bangunan Pusanika, lawatan ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan
lain-lain. Seterusnya diteruskan dengan sesi taklimat dan perkongsian daripada MPP
PMUKM dan wakil-wakil dari ISIUKM bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama
Sungai Petani di Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika. Pelbagai perkongsian
pengalaman, nasihat dan kata-kata dorongan diberikan semasa sesi santai bersama
para pelajar tersebut.
“Pihak PMUKM mengucapkan selamat maju jaya
dalam peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi dan berbesar hati kiranya UKM
menjadi pilihan utama untuk menyambung pengajian pada masa akan datang.”, kata Nur
Afifah Abd Rahim, Naib Presiden I PMUKM. PMUKM mengucapkan ribuan
penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti