Jumaat, Mac 05, 2010

Forum Isu Liwat

KL, 5 Mac- Forum bertajuk 'Universiti Diliwat' mendapat sambutan hangat kira-kira 200 orang mahasiswa dari seluruh pelusuk negara. Forum tersebut menampilkan Muhammad Syafiq Abd Aziz selaku moderator dan 3 orang ahli panel iaitu Hisyamuddin Rais, Prof Madya Dr Azmi dan Syazni Munir.


Kupasan demi kupasan yang diberikan oleh para panelis dilihat berjaya membongkarkan penyelewengan dan agenda tersembunyi pihak yang berkepentingan semasa fasa Pilihanraya Kampus 2010.

Menurut Muhammad Syafiq Abd Aziz, MPP UKM merangkap Pengerusi MPMN yang baru, PRK kali ini jelas menampakkan permainan di atas padang yang tidak sama rata.

"Mungkin ramai yang tidak faham, bahkan langsung tiada usaha untuk faham isu sebenar. Kami tidak takut sekiranya kalah, tapi kami tidak mahu pemilihan kepimpinan mahasiswa hari ini dikotori dengan sistem yang tidak adil dan penuh kontroversi. Kelihatan, undang-undang sesuka hati diliwat oleh penggubal. Yang pasti, misi 'sang penguasa' tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengekang kemaraan golongan yang 'tidak senada'. " katanya.