Selasa, Mac 16, 2010

MPP Mahasiswa Turun Padang

Bangi, 16 Jun- MPP Mahasiswa mengadakan road tour ke fakulti-fakulti untuk bertemu dengan mahasiswa. Aktiviti ‘turun padang’ sememangnya sinonim dengan MPP Mahasiswa sejak sesi kepimpinan mereka sebelum ini. Peluang bertemu dengan mahasiswa dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk beramah mesra dan mengedarkan booklet yang mengandungi maklumat MPP Mahasiswa untuk memudahkan mahasiswa menyalurkan sebarang aduan dan cadangan.

Borang aduan juga diedarkan untuk diisi oleh mahasiswa bagi membolehkan MPP Mahasiswa mengambil tindakan lanjut berkaitan isu-isu yang dibangkitkan. Rata-rata mahasiswa yang ditemui menyambut baik usaha ini dan mengesyorkan agar ianya diteruskan pada masa akan datang sebagai identiti MPP Mahasiswa.


“Saya terharu dengan pendekatan yang dibuat. Biasanya pemimpin nak kita rujuk dia je, tapi MPP Mahasiswa pemimpin yang mesra mahasiswa. Memang mereka selalu terima aduan, tapi saya rasa kutipan aduan secara besar-besaran merupakan satu langkah yang bijak. “ kata pelajar thn 2, FUU.

Antara MPP Mahasiswa yang terlibat ialah Khairul Anuar Mat Lazim(MPP Fpend), Alia Suzana Asri (MPP Umum), Ou Yong Koh Beng (MPP FUU) dan Muhd Zaim Juwaidi (MPP FPI).
Khairul Anuar yang ditemui di FTSM berkata, MPP Mahasiswa akan bergerak seiringan untuk memimpin perubahan. Tetapi, kita memerlukan kerjasama daripada mahasiswa secara keseluruhannya.

“Terima kasih kepada mahasiswa yang sudi meluangkan masa berinteraksi dengan kami. Kami datang daripada mahasiswa, jadi kepada mahasiswa kami kembali. Kami mengharapkan sokongan yang padu daripada mahasiswa kerana isu kebajikan adalah isu bersama. Mudah-mudahan segala usaha dan tindakan MPP Mahasiswa selepas ini dipermudahkan.“tambahnya lagi.