Bangi, 13 Mac-Jika kualiti modal insan, modal intelek dan keupayaan minda di kalangan warga universiti seperti ahli akademik, pensyarah, mahupun pelajar tidak dapat dipertingkatkan, maka akan terencatlah hasrat kerajaan mentransformasikan Malaysia sebagai negara berteraskan pengetahuan dan inovasi, kata Datuk Seri Najib, semasa lawatan ke UKM semalam.
Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada siri lawatannya untuk berinteraksi secara tidak formal dengan warga universiti. Sebelum ini beliau mengadakan lawatan sama ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
MPP Umum, Saudari Alia Suzana Asri yang diminta mengulas mengenai hal tersebut berkata, usaha memperkasa intelektual sememangnya perlu digiatkan namun aspek kerohanian juga harus diberi tumpuan.
"Proses pembinaan modal insan bukan sekadar melahirkan golongan intelektual, tetapi juga cemerlang dari sudut sahsiah. Dalam konteks UKM, ianya bertepatan dengan Falsafah UKM yang menekankan paduan antara kekuatan rohani dan ilmu yang bermanfaat. Kita tidak mahu golongan bijak pandai terlibat dengan rasuah, pergaulan bebas, zina dan sebagainya kerana ianya merencatkan usaha melahirkan modal insan seimbang."kata beliau yang ditemui di Teres Eko Niaga semalam.
Sabtu, Mac 13, 2010
MPP setuju perkasa modal insan
20:47
Persatuan Mahasiswa UKM Sesi 2014/2015