Isnin, Mac 29, 2010

Katakan "TIDAK" pada Beg Plastik !



BANGI, 29 MAC- MPP Mahasiswa UKM turun bersama masyarakat untuk menggerakkan KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK di Komplek PKNS, baru-baru ini. Kempen yang bermula pada jam 2 petang itu dianjurkan oleh ADUN Bangi dengan kerjasama PKNS, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan beberapa NGO lain.

Risalah kempen diedarkan oleh petugas dan 1,000 beg kitar semula diagihkan secara percuma kepada pengunjung. Antara MPP yang terlibat ialah Mohd Zaim Juwaidi (MPP FPI) dan Muhamad Faiz Ismail (MPP Umum).

MPP Mahasiswa dijemput untuk turut serta dalam program ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memulihara alam sekitar dan bahaya penggunaan beg plastik kepada persekitaran. Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan rata-rata pengunjung menyambut baik kempen tersebut. Seorang pengunjung yang ditemui berkata, masyarakat terlalu memandang remeh soal alam sekitar.

“Beg plastik memakan masa yang sangat lama untuk dilupuskan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Banyak negara yang ‘banned’ beg plastik, kita bila lagi? Masyarakat sepatutnya memikirkan tentang nasib bumi pada masa akan datang. Mungkin anak cucu kita akan hidup sengsara kalau kita tak bertindak sekarang,”kata pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Mat.

Muhamad Faiz Ismail (MPP Umum) bersama En Ahmad Sufie Munasir
(Pengarah Hari Tanpa Beg Plastik Dun Bangi)