24 MAC 2010- Seramai 30 orang mahasiswa/i UKM dari pelbagai fakulti telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa, semalam. Lawatan ini dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dibawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Fakulti Pendidikan, Wan Ahmad Fahmi Wan Abdul Hamid. Progrtam ini bertujuan untuk menerapkan nilai cintakan ilmu pengetahuan dan memupuk budaya membaca dalam kalangan mahasiswa.
Pesta Buku Antarabangsa yang saban tahun diadakan memberi peluang kepada semua golongan masyarakat sama ada pelajar sekolah, mahasiswa/i dan golongan yang bekerjaya untuk memiliki pelbagai jenis buku pilihan mereka terbitan dalam mahupun luar negara.
Rombongan mahasiswa/i UKM ke pesta buku tersebut bertolak seawal pukul 8.00 pagi dan selamat sampai disana pada pukul 9.30 pagi. Lawatan tersebut berakhir pada 2.30 petang setelah pelajar berehat dan makan tengahari.
"Selaku seorang pelajar yang bergelar mahasiswa, sememangnya kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam menghadapi dunia globalisasi yang penuh cabaran dan ujian selain daripada kemahiran (softskill) yang diasah dalam aktiviti pelajar," kata Wan Ahmad Fahmi.