Khamis, Februari 23, 2012

PMUKM ucap terima kasih, rating blog cecah 200 ribu pengunjung

Hari ini tanggal 23 Februari 2012 bermakna sudah setahun MPP GMUKM berjaya mentadbir Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011.

Ternyata sokongan rakan-rakan terhadap PMUKM dan kepimpinan GMUKM amat kami hargai.

Suara dan harapan mahasiswa 

Selama setahun ini juga kami optimis pelbagai isu berjaya kita lalui bersama; ada yang mendapat pujian, ada yang mendapat sanjungan dan tidak kurang yang mendapat kritikan dari pelbagai pihak.

Suka untuk dinilaikan bahawa setiap satu yang kami bawakan merupakan suara dan harapan rakan-rakan mahasiswa.

Tiada niat untuk riak

Tiada sekelumit niat kami untuk berbangga dengan pencapaian dan apa yang telah kami lakukan; jauh sekali untuk kami berniat untuk riak dan menunjuk-nunjuk.

Ini kerana kami insaf dan sedar akan sebuah hadis Nabi SAW; "Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji(Riwayat Ahmad)

Juga kami menginsafi maksud ayat Al-Quran surah An-Nisaa [58]
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Rating blog cecah 200 ribu

Terima kasih buat semua yang menyokong kami MPP Gabungan Mahasiswa (MPP-GMUKM) khususnya di blog rasmi ini; http://pm-ukm.blogspot.com yang berjaya menaikkan rating blog dari 4029 orang pengunjung pada bulan Februari 2011, 13695 (Mac 2011) sehingga hari ini mencecah lebih daripada 200 ribu orang pengunjung dalam masa setahun PMUKM ditadbir oleh MPP GMUKM.

Statistik pengunjung pada bulan Februari 2011

Statistik pengunjung pada bulan Mac 2011
Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Tuhan yang menggerakkan hati-hati manusia khususnya mahasiswa-mahasiswi yang terus bersama menyokong kami. Jasa baik rakan-rakan akan sentiasa kami kenangi.

Tahniah buat Presiden PMUKM

Juga sekalung penghargaan buat barisan kepimpinan PMUKM yang diketuai Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Muhd Hairi yang berjaya membina keyakinan mahasiswa bahawa GMUKM bukanlah 'front' mahasiswa yang anti-establishment (suka membangkang).

Semoga dengan izin-Nya Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) akan terus mendapat tempat di hati mahasiswa.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI