Isnin, Februari 27, 2012

Jemputan Menyertai Pertandingan Video Pendek UKM 2012


Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia menganjurkan Pertandingan Video Pendek UKM 2012 dengan tema ”Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”.

Bagi menjayakan program ini pihak kami dengan berbesar hati ingin menjemput semua pelajar Fakulti/Institut di UKM menyertai pertandingan berkenaan.

Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat pertandingan (LAMPIRAN A) dan poster pertandingan untuk tujuan hebahan di Fakulti/Institut.