KAJANG, 25 Feb - Pada petang Jumaat yang lalu saudara Mohamad Ezuan (Setiausaha Agung PMUKM) bersama Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Izzuddin Pisol berkesempatan menziarahi seorang pelajar jurusan Geografi Tahun 3, Hashim Ab Wahab di Hospital Kajang.
Beliau dimasukkan ke wad kerana mengalami patah kaki kanan semasa sedang bermain futsal pada 21 Februari yang lalu. Satu pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memasukkan besi untuk menyokong tulang di kakinya. InsyaAllah, hari ini beliau dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.
Seluruh kepimpinan PMUKM sama-sama berdoa agar saudara Hashim akan sembuh secepat yang mungkin dan mampu meneruskan kehidupan sebagai seorang mukmin yang beristiqamah pada jalan Allah s.w.t.
Kepada seluruh warga UKM , kami berharap agar anda semua sentiasa berhati-hati semasa melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti