Bangi, 21 Feb - Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ingin merespon beberapa aduan oleh rakan-rakan mahasiswa berkaitan kaedah pembayaran hutang di kaunter Jabatan Bendahari.
Tinjauan Skuad Prihatin PMUKM semalam dan hari ini sehingga pukul 10.30 pagi tadi mendapati kaunter pembayaran di bangunan Canselori berhampiran Fakulti Pengajian Islam (FPI) mendapati keadaan yang agak sesak dan tidak menyelesakan.
Mahasiswa yang ditemui memaklumkan bahawa mereka sudah menunggu giliran hampir satu jam setengah ekoran bilangan pelanggan terutama di kalangan mahasiswa yang ramai.
Ada di kalangan mereka yang terpaksa datang dua kali selepas terpaksa menunggu lama. Malah ada yang terpaksa mengambil nombor di sebelah pagi dan kemudian datang kemudian selepas makan tengahari ekoran senarai menunggu terlalu panjang.
Hasil temubual, ramai yang memaklumkan mereka gagal mendaftar kursus selepas polisi terbaru Jabatan Bendahari yang dilaporkan bermula tahun lalu yang memerlukan mahasiswa menyelesaikan semua hutang terlebih dahulu sebelum boleh membuat pendaftaran kursus awal dan mendaftar kursus bagi semester ini.
PMUKM akan cuba mendapatkan maklumbalas daripada pihak Jabatan Bendahari berkenaan perkara ini untuk memudahkan kedua-dua pihak.
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI