Jumaat, Februari 10, 2012

MPP Siswazah bincang hidupkan semula Persatuan Siswazah UKM

10 Feb – Menyedari kepentingan dan peranan yang ada, MPP Siswazah UKM telah bersepakat untuk menghidupkan semula persatuan siswazah UKM.

Saudari Noriah Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Biro akademik dan Intelektual PMUKM merangkap MPP Siswazah PMUKM berkata, “Kami (MPP Siswazah) telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil-wakil persatuan siswazah fakulti dan PPS untuk mendapatkan pandangan dan mencari kaedah terbaik dalam menjayakan agenda ini.”

“Secara umum cadangan ini disambut baik oleh wakil-wakil persatuan siswazah fakulti dan turut disokong oleh Timbalan Dekan (Hal ehwal Pelajar dan Alumni) PPS. Pada waktu ini, kami telah menyiapkan draf akhir kertas kerja tersebut untuk diserahkan kepada pihak PPS  sebelum diserahkan kepada pentadbiran universiti”



Saudara Arif Misrol berkata, “Kami difahamkan entiti Persatuan Siswazah UKM telah wujud sebelum ini, tetapi mungkin atas beberap faktor tertentu ia menjadi tidak aktif. 

"Kewujudan dan peranan entiti ini amat penting dalam memenuhi keperluan semasa. 

"Lagipun, orientasi dan kerangka aktiviti warga siswazah berbeza dengan warga pra siswazah. Oleh sebab itu, kertas kerja yang diserahkan telah menghuraikan secara terperinci keperluan tersebut, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, bermula semester yang lepas,” tambah beliau lagi.