Selasa, Februari 28, 2012

Hati-hati bayar yuran guna kad debit


Penggunaan teknologi merupakan satu kemudahan yang boleh dimanfaatkan namun, ia tidak terlepas dari risiko yang bakal di hadapi. Sebelum ini pembayaran yuran pengajian di UKM menggunakan wang tunai, tetapi sekarang ia lebih mudah kerana hanya perlu membawa kad ATM (MEPS) sahaja bagi proses pembayaran di kaunter.

Penggunaan kaedah tersebut menjadikan pihak pengurusan bendahari lebih senang kerana tidak memegang wang tunai dalam jumlah yang besar dalam satu-satu masa dan mengurung dari terdedah dari risiko di rompak selain urusan pengurusan lebih mudah.

Adapun, risiko yang perlu kita faham sebalik kebaikan tersebut ialah soal kesilapan teknikal yang tidak dijangka yang boleh menyababkan pelajar kehilangan banyak duit di dalam akaun tanpa disedari.


Rujukan kes :

15/12/2011- Seorang mahasiswa UKM membuat pengaduan di Pejabat Urusan PMUKM. Menurutnya dia telah membuat pembayaran menggunakan kad ATM ( MEPS ) di kaunter pembayaran di Censelori pada jam 1613. Pekerja di kaunter akan meminta pembayar memasukkan kad pin ATM ( MEPS ) pada alat yang disediakan. Kemudian, setelah pin di masukan, berlaku masalah pada komputer yang digunakan untuk pengurusan pembayaran. Internet telah mengalami "server down". Urusan tersebut telah dibatalkan sementara menunggu internet atau teknikal kembali baik.

Setelah kembali baik, urusan pembayaran telah dilakukan sekali lagi, setelah selesai pembayaran, mahasiswa berkenaan membuat semakan akaun bank didapati pembayaran yuran yang sepatutnya sekitar RM1219, tetapi pemotongan dalam bank di buat sebanyak RM1800. Ini bermakna RM600 duitnya telah hilang dari akaunya. Ini kerana wujud dua kali transaksi duit kedalam akaun bendahari, iaitu semasa No.Pin kad ATM ( MEPS ) pertama yang dimasukan tetapi tidak berjaya, tetapi duit telah masuk kedalam akaun bendahari pada masa yang sama hutung di dalam sistem masih ada. Setelah menunggu seketika, jumlah duit di dalam bank masih kehilangan sebanyak RM600.

Beliau merujuk kepada pihak bendahari tetapi bendahari memerlukan bukti dan meminta beliau mendapatkan transaksi bank untuk melihat perincian untuk pihak bendahari menghubungi pihak bank supaya kembali memasukkan duit yang "hilang" ke dalam akaun mahasiswa berkenaan ( duit telah dimasukkan pihak bank pada bulan hujung Januari 2012, tetapi masih tidak cukup sebanyak RM 600 ). 

Resit Pembayaran



Tindakan anda?


Ramai yang tidak perasan dan tidak mahu endah tentang perkara ini, rakan-rakan di cadangkan melakukan langkah berikut :

1) Semak dulu baki akaun terakhir sebelum pembayaran yuran di buat melalui kad ATM ( MEPS )
2) Simpan resit pembayaran yuran anda supaya mudah menjadi rujukan di masa depan
3) Semak baki akaun selepas ditolak pembayaran yuran di bank.

Sekiranya setelah membuat perkara no 3, iaitu menyemak baki akaun selepas ditolak pembayaran yuran di bank dan mendapati pemotongan yuran berlaku tidak kena dengan jumlah yang sepatutnya, tindakan yang perlu dilakukan ialah :

a) Dapatkan salinan transaksi di bank
b) Serahkan salinan transaksi kepada penjaga kaunter pembayaran atau bahagian bendahari di canselori
c) Bulatkan kesilapan dalam salinan transaksi sama ada wujud "double" pembayaran dua kali pemindahan ke bendahari UKM
d) Serahkan juga salinan kad matrik sebagai rujukan pengurusan pentadbiran
e) Buat susulan ( follow up ) dengan pihak bendari

Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"