Sabtu, Februari 11, 2012

[e-Pelajar] Makluman PTPTN & Yuran Penginapan Kolej


1. Makluman pembayaran pinjaman PTPTN bagi Sem 2 2011/2012 yang dijangka akan diterima lewat sedikit oleh para mahasiswa/i iaitu pada 2/3/2012 disebabkan keperluan pihak PTPTN bagi mendapatkan status aktif mahasiswa/i beserta keputusan peperiksaan Sem 1 2011/2012 yang dijangka hanya dapat dikeluarkan pada 15/2/2012. Jadual pembayaran PTPTN Sem 2 2011/2012 bagi pelajar kampus induk (Bangi), Fakulti Sains Kesihatan dan pelajar tahun 1 Fakulti Perubatan adalah seperti Lampiran A.


2. Makluman anggaran yuran penginapan yang akan dipotong awal daripada pinjaman/biasiswa bagi Sem 2 2011/2012 (bagi yang membuat pra-pengesahan kolej secara atas talian (online) sahaja) adalah seperti di Lampiran B iaitu kurang RM100 kerana tiada yuran Jaksa.

3. Makluman kepada mahasiswa/i yang menginap di Kolej Pendeta Za'ba pada Sem 1 2011/2012 yang mana caj elektrik berjumlah RM 25.00 bagi semester tersebut belum dicaj (atas kesilapan teknikal), pihak Bendahari akan mengenakan caj elektrik Sem 1 2011/2012 pada Sem 2 2011/2012. Mahasiswa/i boleh menyemak penyata hutang individu masing-masing untuk memastikan tiada caj berganda bagi Caj Elektrik Sem 1 2011/2012.

Segala kesulitan amat dikesali. Jika ada sebarang kemusykilan, mahasiswa/i diharapkan untuk terus memohon penjelasan daripada pihak Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.