Rabu, Februari 22, 2012

PMUKM kunjungi Hari Bertemu Pelanggan JPPel



Bangi, 22 Feb - Hari ini telah berlangsung program 'Hari Bertemu Pelanggan' anjuran Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) di aras 3 dan 5 Pusanika.

Aktiviti yang melibatkan pelbagai unit di bawah JPPel seperti Unit Kaunseling, Unit Pembangunan Sahsiah serta Unit Perumahan yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.


Presiden PMUKM turut meluangkan masa
Turut menghangatkan program ini adalah aktiviti-aktiviti permainan dan cabutan bertuah yang disediakan khas kepada pengunjung yang singgah.

Saudara Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi, saudara Mohamad Ezuan (Setiausaha Agung) dan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan saudara Izzuddin turut meluangkan masa mengunjungi booth-booth tersebut.




Program tersebut bemula 9 pagi tadi dan dijadualkan bakal berakhir 4 petang ini.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI