Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) cakna dengan isu yuran tambahan RM 30.00 yang dikenakan kepada penghuni Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) semasa mendaftar masuk kolej hari ini.
Dalam itu PMUKM memuji inisiatif Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA) KPZ mengumpul sokongan penghuni KPZ membantah yuran tambahan tersebut.
Yuran tambahan tersebut, didakwa merupakan caj elektrik semester lepas yang belum dimasukkan dalam rekod pelajar.
Presiden, Exco Kebajikan respon isu Za'ba
Menyentuh isu ini, Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi berkata, "PMUKM (telah) mengikuti isu ini sejak naik PMUKM (awal tahun lalu).
"Tindakan mereka wajar dipuji (kerana) berani menyatakan kebenaran dan membela kebajikan mahasiswa.
"PMUKM juga menyeru mahasiswa di kolej yang lain supaya bersama dalam isu kebajikan seumpama ini dan menganggapnya (merupakan) isu bersama dan sepunya bukannya isu (berkaitan) segolongan mahasiswa tertentu,"
Pengerusi Biro Kebajikan PMUKM, saudara Izzudin Mohd Pisol pula ketika diminta mengulas berkata, "Saya ada bertemu (dan) mendengar beberapa respon (daripada) mahasiswa berkaitan isu caj (RM 30) ini.
Pengerusi Biro Kebajikan PMUKM, saudara Izzudin Mohd Pisol pula ketika diminta mengulas berkata, "Saya ada bertemu (dan) mendengar beberapa respon (daripada) mahasiswa berkaitan isu caj (RM 30) ini.
"Maklumat diterima isu Za'ba ini bukan sekadar caj (yuran) tambahan ini sahaja, (tetapi) telah lama berlaku termasuk kafe dan kemudahan asas yang lain.
"Kami fikir mahasiswa sudah lama bersabar (dengan isu-isu terbabit) dan mohon kedua-dua pihak (pihak Bendahari UKM dan Kausar Corporation) selesaikan dengan segera."
PMUKM sambil itu terus menyatakan komitmen untuk konsisten memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa dan menyeru mahasiswa terus menyalurkan aduan kepada PMUKM melalui emel kepada pmukm1011@gmail.com atau terus menyalurkan aduan terus ke Pejabat Urusan PMUKM di pusanika.
Untuk rekod, pendaftaran masuk di semua kolej kediaman bermula hari ini membabitkan lebih 8 ribu termasuk pelajar siswazah. Semester 2, sesi 2011-2012 bakal bermula esok, 20 Februari 2012 setelah sebulan mahasiswa-mahasiswi bercuti selama sebulan.