Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ramadhan - Ou Yong Koh Beng




Salam Sejahtera,

Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Betapa Ramadhan adalah bulan mulia bagi umat Islam. Kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelojak dalam jiwa dan mengajar manusia untuk bersabar dalam menjalani kehidupan seharian.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Hidupkan majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada, ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (menyediakan makanan berbuka puasa) maka ia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.”



Salam Ramadhan.

Ou Yong Koh Beng
Wakil Fakulti Undang-undang
Majlis Perwakilan Pelajar UKM
Sesi 2009/2010