Isnin, Ogos 30, 2010

MPP Nabilah Turun Padang Sambut Ambang Kemerdekaan


Bangi, 30 Ogos - Bersempena sambutan kemerdekaan pada esok hari, 31 Ogos 2010 maka MPP Nabilah bersama-sama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah turun padang untuk meraikan bersama mahasiswa UKM.

Program yang bermula sedari pukul 5.30 petang dengan taklimat oleh koordinator program untuk penyelarasan pergerakan. Seterusnya program diteruskan dengan acara berkonvoi menaiki kenderaan mengelilingi UKM. Tujuan utama acara konvoi ini tidak lain dan tidak bukan untuk menaikkan semangat mahasiswa untuk sama-sama meraikan Hari Kebangsaan Malaysia yang kelihatan kini semakin kurang diminati kaum belia.


MPP Nabilah yang ditemui berkata, "Kita merancang lama untuk menjalankan aktiviti yang (mampu) menaikkan semangat mahasiswa. Sebagai mahasiswa, kita jangan (jadi) pasif. Ini negara kita. Kemerdekaan hari ini kena (perlu) dihargai kita sebagai penyambung pemimpin negara hari ini."

"Mahasiswa perlu kreatif (dalam) mengisi kemerdekaan ini. Kita jangan terlalu mengikut budaya barat yang (suka) 'cheers' (berhibur) di kelab-kelab. Kita punya jatidiri sendiri. Cakna isu negara, kenali sejarah negara kita. Jangan dibodohkan dengan momokan pihak (luar) yang 'tak bertanggungjawab." tambah beliau lagi.



Program yang bermula di Panggung Seni, DECTAR melintasi Kolej Dato' Onn sebelum ke Kolej Keris Mas dan terus berkonvoi mengelilingi UKM sebelum ke Kolej Pendeta Za'ba. Ia dijalankan dengan kerjasama MPP Mahasiswa dan pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) ini nyata mendapat sambutan yang hangat daripada para mahasiswa UKM yang rata-rata tidak menyangka pihak MPP Mahasiswa dan GMUKM menyediakan program yang mampu membangkitkan semangat menyambut Hari Kebangsaan pada kali ini.

Untuk makluman, kampus UKM Bangi kini sedang dilanda musim peperiksaan pertengahan semester. Justeru aktiviti-aktiviti yang santai ini mampu menghilangkan tekanan yang dihadapi mahasiswa UKM.


Program ini berakhir menjelang pukul 7 petang. Semoga program yang dijalankan mampu menaikkan semangat mahasiswa UKM menyambut Hari Kebangsaan Malaysia kali ke-53.


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-53!