Isnin, Ogos 30, 2010

MPP Mahasiswa : Jelajah 3-Dalam-1

25 Ogos 2010 - 3 dalam 1, konsep pendekatan yang diambil oleh MPP Mahasiswa UKM KL dalam jelajah Mahasiswa kali ini. Saudari Ili, MPP FSKB 3/4 dan saudari Mariah, MPP FFAR, telah bersama-sama turun padang mengedarkan kurma di TIBE sejurus selepas siswa/i selesai menunaikan fardhu Zohor. Seperti yang dinyatakan di atas, edaran kurma kali ini bertujuan untuk menyambut 3 sambutan iaitu Ramadhan al-Mubarak, Hari Kemerdekaan ke -53 dan juga musim peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar FSKB dan FFAR.

Saudari Ili ramah memberi kurma.


Tautan hati

Edaran kurma oleh saudari Mariah



"Kebajikan Anda Keutamaan Kami"