Sabtu, Ogos 07, 2010

Lawatan Penandaarasan IPG Kampus Batu Lintang Sarawak ke Fakulti Pendidikan UKM

Fakulti Pendidikan UKM telah menerima kunjungan dari delegasi Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Sarawak pada Khamis, 5 Ogos 2010. Kira-kira 32 orang delegasi termasuk pensyarah iringan dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dari institut tersebut terlibat dalam lawatan ini bersempena program Penandaarasan Kepimpinan Pelajar yang dianjurkan oleh IPBL bagi memantapkan kemahiran mengendalikan kebajikan pelajar di institut tersebut.


Sesi dialog selama lebih kurang dua jam telah berlangsung di antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPBL dengan MPP Fakulti Pendidikan; saudara Khairul Anuar bin Mat Lazim serta saudara Wan Fahmi. Antara soalan dan maklumat yang dikongsikan ialah berkisar tentang sistem pemilihan MPP di UKM, konsep MPP dan PMUKM serta pengendalian organisasi di bawah MPP.


Di akhir lawatan, delegasi ini telah di bawa untuk melihat sekitar Fakulti Pendidikan. UKM dan IPBl adalah dua buah institusi yang cukup sinonim kerana telah sekian lama menjalinkan usahasama pengajian berkembar untuk pelajar ijazah sarjanamuda Pendidikan Bahasa Inggeris dari IPBL. Diharap lawatan ini dapat meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua buah institusi pengajian ini yang bergerak seiring untuk melahirkan golongan pendidik yang berkualiti, beriman dan mahir dalam selok-belok pentadbiran organisasi.