Isnin, Ogos 09, 2010

Ziarah MPP : "Jom Puasa Penuh"

Berpuasa baik untuk kesihatan. "JOM PUASA PENUH!"



Isnin, 9 Ogos - Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Muhamad Faiz (MPP Umum) turun padang bersama Alia Suzana (MPP Umum) dan Farih Najihah (MPP Fakulti Perubatan) mengedarkan risalah Ramadhan dan buah kurma.

Risalah Ramadhan tersebut memuatkan maklumat mengenai cara pesakit berpuasa dan langkah-langkah yang perlu diambil jika pesakit berpuasa.

Ziarah yang bertemakan "Jom Puasa Penuh!" diadakan 2 hari sebelum bulan Ramadhan untuk memberikan suntikan semangat dan galakan kepada warga PPUKM membuat persiapan menghadapi universiti tarbiyah Ramadhan.

Faiz berkata, kakitangan PPUKM dan mahasiswa/i perubatan perlu memainkan peranan untuk menggalakkan pesakit menunaikan kewajipan puasa selagi mereka memenuhi syarat.

"Antara syarat wajib puasa ialah berkemampuan/tidak uzur. Sekiranya ada sesuatu yang menghalang seperti sakit kronik, pesakit tidak termasuk dalam golongan yang diwajibkan berpuasa kerana khuatir semakin memudharatkan kesihatan. Namun, wajib diganti puasa tersebut pada waktu yang lain/bila sudah sihat", katanya lagi.


Akhir sekali, terima kasih di atas kerjasama yang sangat baik daripada pihak kakitangan UKM, pesakit dan MPP yang sanggup meluangkan masa. Sibuk tidak bermakna tiada masa. InsyaAllah, semoga usaha kecil ini mampu memberi bantuan maklumat dan penyuntik semangat kepada para pesakit agar dapat menunaikan ibadah berpuasa ini. Satu lonjakan paradigma dalam dunia kesihatan ke arah memperoleh keberkatan Ilahi.