Isnin, Ogos 23, 2010

Kenali Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP)


Sistem Aduan Dalam Pelajar (SADP) adalah satu sistem pengaduan mengenai penyelewengan kewangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan Hal-ehwal Pelajar, hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelajar. Contohnya penipuan, pemalsuan dokumen, pemarkahan kursus yang tidak munasabah, sijil kelayakan, membocorkan dokumen rasmi seperti kertas soalan, membuat tuntutan palsu atau penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan peribadi.
Setiap pelajar boleh mengemukakan aduan kepada sistem ini dengan syarat pelajar mestilah seorang pelajar yang berdaftar dengan UKM.

Di dalam Sistem Aduan Dalaman Pelajar, pihak universiti bertanggungjawab:
1. Menjamin kerahsiaan dan diklasifikasikan sebagai rahsia,sulit.
2. Semua pengadu akan dimaklumkan penerimaan aduannya oleh pihak universiti dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
Dalam setiap aduan perkara berikut perlu diambil perhatian.
1. Aduan bukan berbentuk hasad dengki tetapi lebih kepada kebajikan dan kepentingan organisasi.
2. Bersikap jujur, ikhlas dalam membuat aduan.
3. Memberi maklumat lengkap terutama dari segi tarikh, masa, tempat dan orang yang terbabit.